hari cuti hari tu naik cameron, naik kot gua musang sebab le ni kan duk klate. bertolak dari kb jam 9pagi sampai di cameron dalam kul 1 lebih cam tu. nak p cameron ni dah lama, tapi en. suami busy. so lepas dia balik outstation tu dia cakap, ok kita p next week. tapi still tak book bilik sebab takutnye last minit tak boleh p sebab en. suami keje. hari khamis 10 ogos baru book bilik.
untuk trip kali ni, ai hanya focus untuk makan je. hehehhe. biasa la kalau bab makan. sebelum p tu da google cari kat mana tempat makan best. Antara tempat - tempat yang dah masuk dalam list ai tu kedai abang steamboat and grill, yz agro farm, pasar malam (tapak baru), big red strawberry cafe and makanan goreng- goreng. yang bestnya, kami jumpa kedai makan sedap yang tak da dalam list ai pun.
11 ogos 2017 (jumaat)
On da way nak ke hotel, singgah beli aiskrim strawberi, strawberi dan goreng - goreng. tempat dia dekat je, tapi sebab jammed, jadi jauh. sampai kat hotel dalam kul 2 cam tu, terus check in. Kami stay kat century pines resort. harga satu malam rm350, bilik deluxe b termasuk breakfast. tapi ai dapat diskaun, so jadi rm174. book via traveloka. masa nak check in, receptionist dia bagitau yang kene deposit rm200. dah la time tu tak amik duit.amik duit memang bajet untuk makan je. tapi bayar je la dulu. esok amik balik.
Bilik dia sangat ok, cuma tak da iron la. kalau nak iron kene naik tingkat 3, ada bilik iron kat situ. Lain - lain kelengkapan ada semua termasuk hair dryer, peti ais mini, tv, tapi wifi tak ada kat bilik. kalau nak guna internet, wifi kat lobi hotel sahaja. tapi kitaorang tak kisah pun pasal wifi sebab kita kan boleh guna internet data.
Malam baru keluar cari makan. cadangan ai nak makan steamboat kedai abang tu la, kat Taman Abang Buffet Steamboat and Grill. Kedai dia memang tak jauh dari hotel, 6 minit jalan kaki dan 2 minit naik kereta. Memang depan hotel je. Tapi disebabkan hujan dan en. suami nak p amik duit, kami naik kereta. Landmark dia hotel the cool point. memang kat sebelah hotel tu je. disebabkan masa sampai tu parking tak ada, adik yang jaga parking tu bagitau boleh park kat area maybank. Masa masuk tu, ai bagitau nak tengok dulu ape je yang ada sebelum decide nak makan kat situ ke tak. kitaorang masuk jalan - jalan dulu. harga per pax rm35.00. tapi sedihnya bila tengok tak banyak yang ada. tidak seperti apa yang ai bayangkan la. en. suami pun cakap kita g shell out la. so kitaorang g shell out plak.
Kalau pakai google maps untuk ke kedai shell out tu memang tak kan jumpa sebab maps bawak kitaorang pi jalan mati. huhuhuu. last2 en.suami call member dia tanya kat mana kedai tu. nama kedai dia Anjer's Corner, betul -betul seberang jalan / depan Hotel Casa de la Rosa. Harga dia rm25 per pax. minimum 2 pax. Ni la kedai makan sedap yang tak da dalam list ai pun ni. Shell out dia memang sedap baq hang. kami dua orang teringat2 sampai balik. agaknya kalau stay banyak hari, hari- hari makan shell out. hahaha. situ pun ada steamboat.
Da puas makan, kami p pasar malam Golden Hill. gigih google maps, padahal pasar malam dekat je ngan kedai tu. jalan kaki je, 7 minit je. ada sign board pasar malam, tapi macam terlindung sket. Kat sini more to nak cuci mata je sebenarnye. kitaorang beli teh(RM10 sekotak), kimchan(RM4) sebab baca dowang cakap sedap, so ai nak try. beli choc(RM5, bekas besar) sebab teringin nak makan ngan strawberi, beli aiskrim strawberi(RM1.50) lagi hujan- hujan pun. Lepas da puas round, en suami tanya nak p mana - mana lagi tak? balik hotel je la sebab tak da rasa nak p mana dah. masa tu awal lagi. dalam kul 9 cam tu. balik berehat je. en suami tido sebab letih, bini makan sepuasnya sambil tengok cite hindustan.
bilik |
tak da aircond ye |
shell out sedap gile baq hang |
ni kedai dia. |
No comments:
Post a Comment