life

life

resepi

Saturday, August 12, 2017

weekend gateaway - cameron highland - part II

12 ogos 2017

sarapan di hotel, lepas tu check out jam 9 pagi. check out awal sebab nak jalan- jalan and terus balik. Hari ni cadangnya nak p yz agrofarm sebab nak makan scone, nak pi big red strawberry farm sebab nak makan waffle and strawberry sundae dan nak singgah ladang teh boh sungai palas sebab masa p ramai - ramai hari tu tak dan nak amik gambo and enjoy da view.

Lepas check out, terus p yz agrofarm and cafe, 5 minit naik kereta. Yz ni area taman sedia homestay. sampai je order scone and strawberry milkshake. bersungguh ni order. lepas tu ai tak tau la memang tak kene selera ka, da kenyang ka, ai makan x habih pun.huhuhu. scone tu wangi, dia hidang panas -panas skali dengan jem strawberi dan butter. Scone tu rm4.50 kalau tak salah, milkshake rm6.  

Then kitaorang p big red strawberry farm, keta boleh naik sampai atas, ada parking kat atas, tapi disebabkan malas nak ngadap jammed naik atas and turun balik, kami park kat area kedai je lepas tu jalan kaki naik atas.  Kat sini ai da insaf skit. hahhaa. tak berani dah nak order macam- macam, takut tak habis. en. suami kata kalau tak habih nak buat cam ne, tapi ai sayang kot kalau tak habih. so let the husband choose. hahaha. dia pilih strawberry yogurt (shake) (tak ingat berapa rm), bukan honey.   Niat nak makan waffle and sundae pun tak jadi sebab takut membazir je beli tak makan. Masa ni la baru teringat, untungnya ronda ramai -ramai, boleh rasa sorang sikit. Lepas da rehat dan makan, kitaorang pun terus turun untuk balik.

Ladang teh sungai palas tu pada mulanya decide tak nak singgah sebab jalan jammed teruk. tapi rupanya lepas pasar tu da tak jammed. so kitaorang masuk la untuk ke ladang teh. nampak tak jammed kat luar, masuk on da way nak g tu jammed jugak. so kitaorang p lepas tu sebab tak jumpa parking, patah balik. en suami banyak kali tanya xpe ke tak singgah sebab konon -konon sedaya upaya nak tunaikan list bini. bini tengok ramai orang kat atas tu terus da tak da mood nak singgah. balik je la. next time la minum petang kat situ, lepas tu bini tambah wishlist nak p mossy forest.

tak tau la kenapa kali ni tak boleh makan banyak, biasa boleh je lepas makan, makan. tapi kali ni lepas makan, da rasa tak boleh makan, even perut belum kenyang sangat pun lagi. kalau makan jugak, nak muntah rasa. huhuhuh. so, definitely akan repeat cameron ni, tapi ngan gang la. ramai2. sedap sikit pau makanan orang. hahaha.

1st round bini


1st round husband


2nd round bini n husband


scone idaman sebelum sampai cameron




laluan nak sampai ke big strawberry





yogurt

suasana kedai









No comments:

Post a Comment