life

life

resepi

Saturday, May 9, 2015

bukit kluang



cuti hari minggu  cam biasa . tapi hari jumaat kali ni kami bercadang nak panjat bukit kluang.
nengok sunrise katenye. tapi memandangkan bangun da kul 7, makanya lewat sket la p bukit kluang. 
kul 9 baru ada sana. panjat bukit ikut laluan orang turun. melawan arus. pertengahan jalan, jmpa adik2 yang baik ati yang akhirnya membawa kami ke tempat best... pantai. haahha.best aja aku kalau pantai gak. ramai orang time kami sampai tu. ada budak2 sekolah jugak. masa utk naik atas tu lebih kurang sejam, utk turun pun sejam. dari tempat turun ikut laluan pantai ke tempat parking pun sejam.  adik2 yang kami baru kenal masa on da way nak ke atas bukit kluang tu bagus. siap layankan je perangai kami n ikutkan je. maklumla bahagia gle nampak pantai, kejap2 amik gambo, kejap2 amik gambo. depa tunggu je. n siap offer jadi photographer lg.hehehhe. mau x best. masa dalam utan tu mmg depa jaga la. laluan tu mmg depa expert. nak kata laluan tu bahaya, x la sangat tp licin and ada yang curam. tunggu ja kakak2 ni kat bawah. standby katanya. takut akak2 jatuh.... 

bila nak p pantai, maksudnya kami tak turun ikut laluan biasa, kami turun ikut laluan luar biasa, ehehehhe. laluan yang orang2 kg tu je tau. agak jauh tapi best la. turun  tu jumpa pokok yang ada buah. downg cakap tu buah pantai. buah ni kalau masak ke tak masak ke warna dia hijau. cuma yang membezakan dia masak ke tak ialah bila masak dia  cam merekah n lembik sket. rasa dia time masak manis, yang belum masak rasa lemak2 gitu. x masam. 

masa nak naik atas ni elokla kalau bawak air sebab kat atas tu tak da kafe / kedai beb. ada pondok rehat je (depa panggil wakaf). pakai kasut yang tapak dia getah sebab more secure kalau licin. tapi adik2 ni rileks ja pakai sliper, and aku jmpa jugak adik yang tak pakai kasut lansung time turun tu. :)
bawak towel kecik - tuk lap peluh korang. hehehe.

meh layan gambaq je la sebab aku malas nak bercerita.


laluan turun ke pantai

buah pantai


achik , abe long, kak long, kak ngah, abe ngah


kagum gle tgk adik ni sebab terer kot lalu kot batu2 tu, 





new people, new experience


achik stndby awal2 sebab nak captured muke kakak2 lari laju2 sebab pijak pasir panas.

nmpk x melawan arus di situ. laluan turun orang ramai, laluan naik kitaorang

da view, nice itsn't it?



makan2 lps habih tracking wif adik2 baik ati

di puncak bukit kluang

antara laluan curam yg kitaorang redah







laluan naik ke atas


kakak2 tunggu adik2 mandi laut - captured by achik yang duk tinggi atas batu tu

hutan, bukit, gua, pantai ,laut... where's next?

aku sorang yang agak tidak peramah when meeting wif strangers.  seorang yang amik masa nak ramah. perception aku selalunya pikir yang buruk2 ja. takut jadi macam2. tapi  this new experience betul2 bukak mata aku. tak salah kalau kita ramah. tak semua orang pun berniat jahat. yang penting pandai2 jaga diri kat tempat orang. thanks for da unforgettable experience dear strangers.


notes : sume gambar adalah no filter sebab tuan tanah malas nak edit.


Friday, May 8, 2015

Langkawi Again

ok, sebab nak buat assign sume tertinggal kat opis, mai kita update blog dl k. :)

cuti labour day hari tu p langkawi. bawak mak ton tgk cucu. aku cam biasa la redeba a.k.a driver.
cadangannya nak p pagi2 hari jumaat tu. tapi memandangkan aku sampai kampung pun da 4 pg, so mak cakap tdo dl. p lewat sket pun tak pa. pukul 11 lbh sampai kat jeti kola kedah. mak ai ramai gle orang. huhuhuhu. p parking siap2 kat sekolah depan tu. disebabkan hari cuti parking kat situ jadi rm15 sehari (rm 5 tu kos utk adik2 yang tlng ambik driver lpas p parking keta). kalau hari2 biasa rm10 je sehari. banyak parking nak ke langkawi kat area situ. so tak yah risau. 

lepas da parking and amik beg, p la kat kaunter. tiket kul 6ptg ja ada. and satu bendanya aku baru perasan yang nak g langkawi la ni boleh book tiket online dah. selama ni beli kat kaunter je and tak penah lagi kena tunggu lama cam tu sementara nak boleh naik ferry. so, disebabkan lama lagi, cadangnya nak la p muzium padi - bawak kawan mak jalan2 sebab dia belum penah p lg. tapi susah ja nak amik keta yang da parking, aku pun cadangkan tunggu ja kat situ sambil p makan2 n tunggu kat surau.  masa kat surau rupanya ada lagi ramai yang sampai situ kul 7 pg, pun dapat tiket kul 7 ptg. huhuhuhu.

kul 8 lebih jugak sampai langkawi (rugi cuti 1 hari sebab malam baru sampai langkawi).  sampai je p umah mak mertua adik, lepas tu p ab motel. tiket dari kuala kedah rm23 sehala. saja mintak adik bookkan ab motel sebab dulu masa mai ngn member2 dapat rm50 (tp tu sebab depa kenai orang), kali ni rm150 semalam, tapi bukan seaview. seberang jalan. may b kali ni kabel tak kuat mana. heheheh. suh adik bookkan yang dekat2 ngan pantai sebab senang nak bawak anak2 main kat pantai pepagi. tapi last minit anak2 mak n abah dia tak bagi ikut sebab nak balik penang. ab motel tu kalau bukan hari cuti rm100 je yang seberang jalan, yang seaview rm150. tempat dia di chenang.  so malam yang sampai tu mak n makcik (member mak) rileks2 ja kat bilik sementara aku n adik p tapau makanan. kadar sewa keta kat sini around rm80, mungkin betul mungkin tak sebab aku guna keta adik aku, which means free. 

antara tempat -  tempat yang kami p:

Warisan Saju Langkawi

Warisan Saju Langkawi ni tak pemes kalau nak dibandingkan dengan Nusantara.  May be Nusantara terletak betul - betul tepi jalan besar and Warisan Saju kene masuk dalam sket.  Tapi bak kata mak mertua adik aku, Warisan Saju ni pengeluar asli minyak gamat. pioner la dalam buat minyak gamat.  Bawak mak n member mak p shopping minyak gamat siap2. hehehhe. 


Haji Ismail Group

Ni boleh kata tempat paling wajib p la bagi sume orang yang p langkawi. Adik bawak p hj ismail group yang baru, mak n member mak borong kain batik. aku n adik jalan2 usya jer. :) sebab da alang2 kat town, p siap2 hj ismail group. kalau nak p esoknya takut tak dan.  p/s : ada kedai laksa sedap kat blakang hj. ismail group yang lama.  skarang tak tau la sedap lag ke tak sebab tahun 2008/ 2009/2010 kot aku makan kat situ, nampak dak tak ingat sebab faktor penuaan.


Laksa tepi pantai

Laksa tepi pantai ni boleh jumpa kalau on da way nak p mat chinchang / cabel car. Lepas sket dari petronas n pelabuhan kapal2 mewah tu. Selain laksa, ada jugak mee kuah, pasemboq. ayaq pun tak banyak pilihan. yela bukak lori ja kot. bkan kedai. Duk kat situ jugak boleh nampak duck tour.  Duck tour ni macam train yang kat zoo tu tapi ley masuk dalam air. harga tiket kalau tak salah rm35. naik di cable car.  selain laksa tepi pantai yang on da way p cable car ni, kalau nak dekat sket kat area airport. tepi pantai jugak n sedap. aku slalu p situ ja kalau nk makan laksa. (slalu- mcam dok sana ja noo).hahhaa. 

Cable Car

Lepas makan p kat cable car. tapi tak naik pun. mak n makcik tak mau naik. mak da penah naik skali. gayat. memadangkan hari cuti, mana - mana tempat pun ramai n sesak. lepas nampak ramai sangat orang n jam, aku cakap lalu je masuk tempat parking tu, kalau ada parking kita singgah, kalau tak balik je la. skali ada. makanya singgah la sat jalan2 kat area situ. la ni ada macam - macam dah nooo. dulu aku p tak da apa sangat melainkan kedai - kedai je kat bawah tu. la ni siap ada pakej2 lg.  cable car + skydome +3d art.  ada jugak kat situ muzium 3d art. aku tak masuk pun. amik gambar kat luar2 tu ja. kat belah belakang dia ada plak gajah. ni kalau bawak budak2 memang best. 

Pantai Chenang

Balik dari cable car mak n makcik naik bilik. aku p lepak pantai sorang2. tengok view pantai sambil tunggu sunset. 
ramai jugak orang, biasa la cuti kan. hehhehe. dekat 7 lbh baru adik turun lps tdokan anak dia. masa dia turun baru p bergambaq kat tepi pantai. hehe. malam2 boleh ronda kat kedai - kedai area pantai chenang ni. dulu masa p pun tak da apa jugak. skarang dah ada chenang mall, ada subway, mc cafe, mc d, kafe2, old town. so kalau p ngn member2 nak lepak2 best la.

Dataran Lang

Malam p dataran lang sebab masa siang ramai sangat orang. jam jalan. so pi malam sebab nak bawak kawan mak. sambil2 p cari makan malam.  Kami makan kat restoran 1 malaysia kat situ. sedap. view pun tepi laut/ muara. masa p tu malam. bau selut sket la. area situ pun ada orang jual cenderahati.


tiket dari kuala kedah               -  rm23 (dewasa)
penginapan                              -  RM 150 semalam
skycab+skydome+3d art        -  RM47(dewasa)
                                                -  RM 32 (kanak -kanak)
3d art museum                       -  RM 38 (dewasa)
                                               -  RM 28 (kanak - kanak)
duck tour                                - RM 35 (dewasa, kalau x salah la)

balik dari cable car tu adik bawak p tubetel. da aku kalut sangat nak duk situ. tubetel ni jauh dari chenang. dekat ngn airport. tapi memang comel la tempat dia. aku masuk sampai kat receptionist n cafe dia ja sebab kalau bukan orang yang stay kat situ strictly not allowed k.  
nampak macam best kn, x smpat naik tpnya.



gang foreigner rakam video pakai drone. mesti smart video dia kn.

minyak gamat for gift.



hidang pakai talam. da lama tak tgk orang idang makanan cam ni

laksa, pasemboq, mee kuah


di kawasan cable car

bonda n her friend

pakej yg downg tawarkan kat pantai chenang

sunset wif sis




abang baik ati main buih sabun utk kita so kita ley captured gambq cantik.

duck tour