life

life

resepi

Sunday, November 15, 2015

ganu

slalunya percutian yang rancang last minit mesti jadi, yang rancang dari awal mesti susah / tak jadi. orang lain aku tak tau la. tapi aku mmg cam tu. 

so, alkisahnya. p ganu. setelah 3 tahun duk kota bharu, ganu yang 2 jam lebih tu pun aku tak sampai2.  hari khamis baru cari hotel, jumaat pagi baru p.


Hari khamis baru cari hotel, hari jumaat pagi baru p. tapi masa p ni ujung tahun, jadinya musim hujan. Bertolak dari KB pagi dalam kul 10 kot kalau tak salah, singgah di bachok tuk sarapan. dalam kul 12 lebih jugak sampai KT.

Kami stay kat Jsuite Hotel, betul - betul kat town. tapi hotel ni aku x suggest sebab bilik sempit. ruang sembahyg pun sempit. selain pada tu sume ok. Hotel baru lg. sume nice.  Aktiviti petang tu adalah makan, makan dan makan. Nak try kedai makan Mat Binjai utk makan tengah hari.  Sayangnya hari tu adalah hari jumaat dan kebanyakkan kedai tutup. Jadi, kami makan kat kedai berhadapan  kedai mat binjai tu, kalau tak salah kedai masakan padang. Tapi amik nasik lauk pilih2 cam nasi tengah hari jgk. :)

Dah kenyang, p china town. Tau tempat ni sebab pnh tgk member amik gambaq kat sini n tengok dalam google. Tempat ni banyak wall art. Setiap lorong2 di kedai2 tu dicantikkan. Selain daripada tu, bangunan dia jugak buat aku terpegun jap. sebab aku ni suka tengok bangunan and architecture lama.  Cantik sangat pada pandangan mata aku. heheheh. Rasa cam duk kat melaka area baba nyonya pn ada time duk kat china town ni. Gigih nak p jugak walaupun ujan2 kes tempat tu lawa tuk amik gambaq. Berposing n berphotoshoot puas, lepas tu p makan kat pantai je. lepas makan kopok leko n sotong celup tepung, makan a&w. memang motip kita adalah p makan n makan n makan jer. hehhehe

Malamnya p ke i city terengganu.  Bila da sampai, sebelah i city baru perasan ada kedai ngopi. da duk kat kedai tu, part paling best, baru perasan yang kedai tu boleh sampai melalui salah satu lorong yang kami sibuk duk amik gambaq siang tadi. :)

tappers cafe, tempat menarik, harga pn ok la. Disebab kan sepanjang hari asyik makan je, so sampai situ order hot choc, member order carbonara. sedap. sedih sebab x ley order kopi, kene pantang kopi time tu. 

esoknya p qawa cafe & coffee. tempat paling nak p skali. sarapan di kedai kak pah, medah selera area pantai batu burok. beratuq panjang la jgk sementara nak boleh makan. .tapi berbaloi la sebab sedap.  Lepas makan p masjid kristal. amik gambaq sepuas ati. tak p area taman tamadun islam sebab takut x sempat p qawa nnt da ujan lepas tu terus gerak ke qawa cafe. qawa bukak dari 9pagi.  Konsep qawa cafe ni unik sket sbab dienye kedai adalah kontena yang diubahsuai.  Ada diskaun untuk student u n pelajar sekolah tapi ai iz x igt berapa. hhhehee.

On da way balik singgah beli kopok lekor, lepas tu singgah pantai. thanks to adik- adik yg layankn je. thanks to adik lelaki aka driver aka photographer aka bodyguard. layankan je perangai kami hat suka amik gambaq ni. Insyaallah nanti nak p lagi skali. bukan musim ujan kot sebab nak photoshoot banyak2. ni pun  banyak dah gambaq. nk masuk banyak2 kang muak. :P


china town






nasi dagang / nasik minyak?

qawa cafe 

ni kalau tak ujan, sedap ni lepak atas ni :)

cek order vanila je 


masjid kristal



kekonon cam amik gambaq depan taj mahal gitu :)

my sis with green tea nya




sesi berlari ke hati awak

had so much fun