life

life

resepi

Saturday, August 26, 2017

kena kidnap

26.08.2017

kakak and adik da janji nak lepak sama- sama lepas banyak bulan gila tak jumpa. tak decide nak p mana pun. just decide nak kluar pagi balik petang. so depa decide nak kidnap ai dari tam satu hari. 

so, tempat pertama kami p adalah nasik kerabu jijah / jijah NK kat jalan nak p PCB, iaitu kampung pauh. biasanya dulu hari jumaat akan sarapan kat sini sebab singgah lepas kayuh beskal. Nasi kerabu dia memang sedap baq hang. sapa- sapa mai sini memang kena p try. kat kedai tu bukan ada nasi kerabu je, ada nasi berlauk lain jugak dengan kuih muih. ayaq ada green tea jugak ok.

destinasi kedua - KB Mall, still food hunting, bukan shopping yang menjadi agenda utama. hehehehe. sampai KB Mall, adik nak makan MC pulut hitam pie. sedap jugak. not so sweet. Lepas dah makan opkos la tershopping sikit kan. heheheh.

destinasi ketiga - Farah Cafe- recommend by office mate. tapi masa kitaorang nak sampai tu kedai dia tak bukak lagi, so p la pengkalan kubor dulu. Ronda- ronda lepas niat nak makan kopok leko cheese hancur berderai sebab habih. lepas tu p makan kat Konalot Cafe. cafe ni pada pandangan ai memang cantik and rasa cam kat umah la jugak. nice cafe. makan kona lot waffle dengan ayaq milo beng. lagi dua orang tu minum teh beng thai. sedap. banyak jugak makanan dia, cuma kami da kenyang and memang simpan perut untuk ke farah cafe.

destinasi ke empat - Farah Cafe & Restaurant. mula- mula sampai sini je terus order bingsu. 1 bingsu boleh makan dalam 3 hingga 4 orang. kami order melon bingsu(RM11.90), boat noodle ayam, boat noodle daging, boat noodle namtok (RM1.90 each), sangkaya (tak ingat harga, dalam RM5 lebih kot rasa) dengan mee chambo. order somtam, tapi pekerja dia cakap ada time posa je. sume makanan dia sedap- sedap. boleh p lagi la pendek kata.

lepas da puas makan, terus la balik rumah sebab da lewat. nanti tam marah sebab tam da pesan, sampai petang je, malam tak boleh. skali skala dapat lepak ngan member- meber, bual kosong ke update keadaan diri masing - masing ke sangat best. terutamanya bila da lama tak jumpa sebab bz. 






at jijah's NK




kona Lot special waffle


at Farah Cafe & Restaurant

sangkaya

melon bingsu

bihun cambo



No comments:

Post a Comment