life

life

resepi

Friday, December 27, 2013

Thursday, December 26, 2013

random quotes
















random nov and dis

asam laksa
new 2nd family member - hisyam

makan2 merah blanjer
 
Add caption

umk banjir
lepas rindu kat special family



birthday over



gossiping di ujung tahun. while bos2 sume cuti.
kaklinda being warded kes degil

 ujung tahun yang agak banyak cerita,. start bulan nov, tiap2 minggu balik kampung sebab ada kelas. pas tu sorang 2nd family member masuk ward - kak linda, kes radang usus.balik kampugn n p usm, terus singgah kat lhdn penang, lepas rindu kat special family.. kawan2 yang jugak merangkap family. singgah tempat2 kegemaran time duk sana. 

aktiviti makan2 time rehat tengah hari rasanya agak banyak dalam 2 bulan ni. p makan2 kat asam laksa sampai 2 , tiga orang call sebab keta tenggelam dalam banjir. hahahaha. masa p tu ujan sket2 ja kot. xbajet pun kata nak banjir.tapi masa sampai kat kedai tu ujan lebat dah. masa p alih keta ngn erry, kurang setengah inci je kot ayaq nak masuk dalam keta. tu la,sapa suh tak tinggal kunci keta kan. hahah. 
pas tu aktivit makan2 kat kedai kat airport. kedai ni pemes ngn nasik sup. bukan moi sup k. nasik sup. nasik putih dengan daging bakar n sup.

dalam masa 2 tahun keja umk, ni baru 1st time p turun tolong n tengok depa  gotong royong buat bubuq sora (assyura). pas tu p archery. da lama usya sebenarnya, xsempat p. cuma time zam pi tu baru risik2 .. hhahha. kes p archery sebab bowling penuh. rm8 tuk 10 arrow.dia ada pakej2 dia gak. best rasa sebab da lama x memanah. lepas archery, aktiviti yang sangat lama x buat. lepaking di kopitiam. hahaha. pas tu baru balik umh.

bulan ni jugak celebrate birthday over. kat kedai nasik sup kat airport tu jugak. kali ni sambut birthday bersih, xda gurauan manja yang kasar2.hahaah.sebab sume orang ada hal lepas tu.
merah belanja kfc sorang2 dak 2nd family kat opis kampus kota. terharu. hahaha. n bulan dis ni jugak da start joging balik, tapi kali ni bukan kat gym, kat taman tengku anis. pagi2 ley joging ngn merah. pas tu p sarap roti canai.memang xda makna la kan joging tu. hahahah

dua bulan ni jgak dapat berita gembira. ayu bersalin, ina and yana pregnant. bertambah anak sedara. hehehe.

Friday, November 29, 2013

weDdiNg lagik (sebelah pengantin lelaki)

selesai wedding umah ai, seminggu lepas tu p wedding belah pengantin lelaki plaks.
kes x amik cuti awai time wedding adik adalah bonda nak suruh p wedding belah pengantin lelaki.
so, 2 hari sebelum wedding umh pengantin lelaki, ai ngn family da p dulu. sebab tak mau penat nanti. sambil2 makan angin jugak sebab bro in law orang langkawi.
drive dari pagi. singgah makan kat r n r gurun. lps tu sebab keja opis blm siap,berenti kat situ dekat 2 jam. hahahah
sampai kat kola kedah dah dekat 2.15. dik maggy p tengok tiket kul 2.30 ada.lepas parking kat sek seberang jalan mengadap jetty, trus jalan laju2 p naik bot. tambang skarang dah rm23. sampai belah sana, adik pengantin lelaki hantar keta. x ramai pun yang p jadi family belah pompuan. family ai ngn sepupu dan 2 orang anak dia serta lg sorang sepupu. 
esoknya sepupu sampai. punya la teringin nak p tengok pantai tengkorak yang adik ai kta cantik gler, sanggup neh, naik saga 7 orang. p pantai tu. on da way singgah pantai pasir hitam.

 Pantai pasir hitam terjadi sebab pasir hitam halus bercampur pasir putih.  kandungan mineral dalam pasir tu yang buatkan pasir tu jadi hitam.  menurut lagenda tempatan, pantai pasir hitam terjadi disebabkan sumpahan duyung terhadap nelayan yang mungkir janji. kalau ujan, lagi jelas boleh nampak pasir itam tu.

sampai kat pantai tengkorak da petang sangat. nak masuk kene bayar rm2. memandangkan niat nak singgah kejap je, makanya x jadi masuk. turun bukit nak balik ke homestay, keta wat hal. ye la, auto, pas tu naik dekat 7 orang. mau nye tak meragam.bau hangit weh. ai sebagai redeba x berapa ada pengalaman, memang agak takut la. kazen kat sebelah suruh berenti dulu tengok apa jadi. bila buke bonet depan, xda pun wayar yang macam tercabut ke, putus ke. last2 call cik man jugak. cik man cakap may b aircond dia kot. so, naik slow n jgan pasang aircond. mmg lepas tak pasang aircond tu xda dah bau hangit. 

on da way nak balik homestay, dalam takut2 keta rosak, sempat lagik singgah kat laksa airport. semenjak 1st time pekena laksa kat situ, tiap2 kali p pun asik nak singgah makan ja. sedap. dulu kedai dia satu ja juai laksa kat situ, tu pun bukan kedai, cam lorry kecik cam tu. tapi la ni da banyak dah orang juai laksa. ada lagi satu tempat laksa sedap. blakang hig lama.sedap kakak tu buat laksa. lepas makan laksa baru balik umah.

malam tu p amik kazen lagi sorang and trus p hig. balik dari hig dik b mintak singgah kat kedai western sedap katanya. bila tny bro in law.,dia cakap kedai tu memang pemes pun kat langkawi. kedai dia kecik je, biasa jer. tak ingat la nama kedai, tapi bukan ee burger. sebab ee burger pun pemes kat sana. dik b teringin nak makan lamb chop. tunggu la mak cik tu p beli.

balik dia x larat. x makan mana pun lamb chop dia tu. esok pagi, hari kenduri umh pengantin lelaki, pepagi p beli sarapan depan homestay. petang semalamnya  x sempat p mandi kat chenang walaupun dekat gler. so, pagi2 lagi da decided nak p chenang. ajak anak2 skali. hahahha. yang besa p chenang n suka p ai ngn adik maggy jer. dik b walaupun penah praktikal kat langkawi, x penah p chenang. sampai je kat pantai,pakat nak mandi. anak2 lelaki siap p beli short sebab nak mandi. masa kat umah sume pakat x mau mandi, nak p jalan2 jer. hahhaah. chenang pun da banyak berubah dah la ni. kalau dulu ada hotel n shale je, tapi  la ni da ada mc d, naik dah kedai kat tepi2 jalan tu. da happening dah. hehhe

pukul 11 lebih baru balik umah n siap2 p umah kenduri.beramah mesra, pas tu kul 3 da gerak balik.sebelum naik bot, sempat lagik depa p shopping. pas tu naik bot.sampai kola kedah dekat kul 8 malam. pas tu singgah makan kat area petronas kat kola kedah, kazen blanja. teringin nak makan laksa kola kedah. sedap jugak laksa sana. tapi time tu tak sempat. :((

kami tak p cable car, underwaterworld, padang mat sirat, beras terbakar, makam mahsuri, tempat jual minyak gamat sebab sebelum - sebelum ni da p.so p kali ni target nak jalan2 ja. tak mau da versi melawat. hehehe.

nasik kat r n r gurun yang x sedap n agak mahai



dak ni penat tunggu depa mai antaq keta


my sis, my bestfriend, my twin, my everything

autoshow




my love

pantai pasir hitam








pantai kat airport. enjoy view ni sambil makan laksa


rumah sempoi we found at pantai pasir hitam


kedai makan sedap tapi lambat