life

life

resepi

Monday, October 2, 2017

sambutan birthday kak nda







22 Sept 2017 - 

Jumaat hari tu ada buat surprise untuk kak nda. susah betoi nak jayakan surprise ni. maklumla birthday girl orangnye bizi. paling risau kalau last minit dia boleh kata tak jadi. haishhh. 

Nasib baik perkara sebegitu tak jadi. cuma yang jadinya birthday girl lambat. lambat la sampai ke tempat kejadian. buat di D aur resort, tempat dia cantik. pilih kat situ sebab sambil- sambil nak photoshoot. hahahah. cakap kat kak nda, nak pegi pantai, pegi photoshoot. bertiga je. sekali sampai situ, nah amik ko. sume orang ada. heheeh

lepas kak nda potong kek, iwan mintak diri sebab ada bola. lepas tu hujan. terus gerak pegi al barokah. sambung makan, sembang kat situ. puas makan, amik gambo plak. heheheh. lepas tu baru balik. tapi party ni kejap je rasa sebab masing - masing ada urusan lain. tapi ok je as long as dapat gather sama - sama. 

esoknye, erin plak sampai dari kl. gigih nak surprisekan kak nda. nangis mak cik tu terharu. 


invitation 




da view



selebihnya..... photoshoot















birthday girl




Saturday, August 26, 2017

kena kidnap

26.08.2017

kakak and adik da janji nak lepak sama- sama lepas banyak bulan gila tak jumpa. tak decide nak p mana pun. just decide nak kluar pagi balik petang. so depa decide nak kidnap ai dari tam satu hari. 

so, tempat pertama kami p adalah nasik kerabu jijah / jijah NK kat jalan nak p PCB, iaitu kampung pauh. biasanya dulu hari jumaat akan sarapan kat sini sebab singgah lepas kayuh beskal. Nasi kerabu dia memang sedap baq hang. sapa- sapa mai sini memang kena p try. kat kedai tu bukan ada nasi kerabu je, ada nasi berlauk lain jugak dengan kuih muih. ayaq ada green tea jugak ok.

destinasi kedua - KB Mall, still food hunting, bukan shopping yang menjadi agenda utama. hehehehe. sampai KB Mall, adik nak makan MC pulut hitam pie. sedap jugak. not so sweet. Lepas dah makan opkos la tershopping sikit kan. heheheh.

destinasi ketiga - Farah Cafe- recommend by office mate. tapi masa kitaorang nak sampai tu kedai dia tak bukak lagi, so p la pengkalan kubor dulu. Ronda- ronda lepas niat nak makan kopok leko cheese hancur berderai sebab habih. lepas tu p makan kat Konalot Cafe. cafe ni pada pandangan ai memang cantik and rasa cam kat umah la jugak. nice cafe. makan kona lot waffle dengan ayaq milo beng. lagi dua orang tu minum teh beng thai. sedap. banyak jugak makanan dia, cuma kami da kenyang and memang simpan perut untuk ke farah cafe.

destinasi ke empat - Farah Cafe & Restaurant. mula- mula sampai sini je terus order bingsu. 1 bingsu boleh makan dalam 3 hingga 4 orang. kami order melon bingsu(RM11.90), boat noodle ayam, boat noodle daging, boat noodle namtok (RM1.90 each), sangkaya (tak ingat harga, dalam RM5 lebih kot rasa) dengan mee chambo. order somtam, tapi pekerja dia cakap ada time posa je. sume makanan dia sedap- sedap. boleh p lagi la pendek kata.

lepas da puas makan, terus la balik rumah sebab da lewat. nanti tam marah sebab tam da pesan, sampai petang je, malam tak boleh. skali skala dapat lepak ngan member- meber, bual kosong ke update keadaan diri masing - masing ke sangat best. terutamanya bila da lama tak jumpa sebab bz. 






at jijah's NK




kona Lot special waffle


at Farah Cafe & Restaurant

sangkaya

melon bingsu

bihun cambo



Saturday, August 12, 2017

weekend gateaway - cameron highland - part II

12 ogos 2017

sarapan di hotel, lepas tu check out jam 9 pagi. check out awal sebab nak jalan- jalan and terus balik. Hari ni cadangnya nak p yz agrofarm sebab nak makan scone, nak pi big red strawberry farm sebab nak makan waffle and strawberry sundae dan nak singgah ladang teh boh sungai palas sebab masa p ramai - ramai hari tu tak dan nak amik gambo and enjoy da view.

Lepas check out, terus p yz agrofarm and cafe, 5 minit naik kereta. Yz ni area taman sedia homestay. sampai je order scone and strawberry milkshake. bersungguh ni order. lepas tu ai tak tau la memang tak kene selera ka, da kenyang ka, ai makan x habih pun.huhuhu. scone tu wangi, dia hidang panas -panas skali dengan jem strawberi dan butter. Scone tu rm4.50 kalau tak salah, milkshake rm6.  

Then kitaorang p big red strawberry farm, keta boleh naik sampai atas, ada parking kat atas, tapi disebabkan malas nak ngadap jammed naik atas and turun balik, kami park kat area kedai je lepas tu jalan kaki naik atas.  Kat sini ai da insaf skit. hahhaa. tak berani dah nak order macam- macam, takut tak habis. en. suami kata kalau tak habih nak buat cam ne, tapi ai sayang kot kalau tak habih. so let the husband choose. hahaha. dia pilih strawberry yogurt (shake) (tak ingat berapa rm), bukan honey.   Niat nak makan waffle and sundae pun tak jadi sebab takut membazir je beli tak makan. Masa ni la baru teringat, untungnya ronda ramai -ramai, boleh rasa sorang sikit. Lepas da rehat dan makan, kitaorang pun terus turun untuk balik.

Ladang teh sungai palas tu pada mulanya decide tak nak singgah sebab jalan jammed teruk. tapi rupanya lepas pasar tu da tak jammed. so kitaorang masuk la untuk ke ladang teh. nampak tak jammed kat luar, masuk on da way nak g tu jammed jugak. so kitaorang p lepas tu sebab tak jumpa parking, patah balik. en suami banyak kali tanya xpe ke tak singgah sebab konon -konon sedaya upaya nak tunaikan list bini. bini tengok ramai orang kat atas tu terus da tak da mood nak singgah. balik je la. next time la minum petang kat situ, lepas tu bini tambah wishlist nak p mossy forest.

tak tau la kenapa kali ni tak boleh makan banyak, biasa boleh je lepas makan, makan. tapi kali ni lepas makan, da rasa tak boleh makan, even perut belum kenyang sangat pun lagi. kalau makan jugak, nak muntah rasa. huhuhuh. so, definitely akan repeat cameron ni, tapi ngan gang la. ramai2. sedap sikit pau makanan orang. hahaha.

1st round bini


1st round husband


2nd round bini n husband


scone idaman sebelum sampai cameron




laluan nak sampai ke big strawberry





yogurt

suasana kedai









weekend gateaway - cameron highland

11-12 ogos 2017


hari cuti hari tu naik cameron, naik kot gua musang sebab le ni kan duk klate. bertolak dari kb jam 9pagi sampai di cameron dalam kul 1 lebih cam tu. nak p cameron ni dah lama, tapi en. suami busy. so lepas dia balik outstation tu dia cakap, ok kita p next week. tapi still tak book bilik sebab takutnye last minit tak boleh p sebab en. suami keje. hari khamis 10 ogos baru book bilik.

untuk trip kali ni, ai hanya focus untuk makan je. hehehhe. biasa la kalau bab makan. sebelum p tu da google cari kat mana tempat makan best. Antara tempat - tempat yang dah masuk dalam list ai tu kedai abang steamboat and grill, yz agro farm, pasar malam (tapak baru), big red strawberry cafe and makanan goreng- goreng.   yang bestnya, kami jumpa kedai makan sedap yang tak da dalam list ai pun. 


11 ogos 2017 (jumaat)

On da way nak ke hotel, singgah beli aiskrim strawberi, strawberi dan goreng - goreng. tempat dia dekat je, tapi sebab jammed, jadi jauh. sampai kat hotel dalam kul 2 cam tu, terus check in. Kami stay kat century pines resort. harga satu malam rm350, bilik deluxe b termasuk breakfast. tapi ai dapat diskaun, so jadi rm174. book via traveloka. masa nak check in, receptionist dia bagitau yang kene deposit rm200. dah la time tu tak amik duit.amik duit memang bajet untuk makan je. tapi bayar je la dulu. esok amik balik. 

Bilik dia sangat ok, cuma tak da iron la. kalau nak iron kene naik tingkat 3, ada bilik iron kat situ. Lain - lain kelengkapan ada semua termasuk hair dryer, peti ais mini, tv, tapi wifi tak ada kat bilik. kalau nak guna internet, wifi kat lobi hotel sahaja. tapi kitaorang tak kisah pun pasal wifi sebab kita kan boleh guna internet data.

Malam baru keluar cari makan. cadangan ai nak makan steamboat kedai abang tu la, kat Taman Abang Buffet Steamboat and Grill.  Kedai dia memang tak jauh dari hotel, 6 minit jalan kaki dan 2 minit naik kereta. Memang depan hotel je. Tapi disebabkan hujan dan en. suami nak p amik duit, kami naik kereta. Landmark dia hotel the cool point. memang kat sebelah hotel tu je. disebabkan masa sampai tu parking tak ada, adik yang jaga parking tu bagitau boleh park kat area maybank. Masa masuk tu, ai bagitau nak tengok dulu ape je yang ada sebelum decide nak makan kat situ ke tak. kitaorang masuk jalan - jalan dulu. harga per pax rm35.00. tapi sedihnya bila tengok tak banyak yang ada. tidak seperti apa yang ai bayangkan la. en. suami pun cakap kita g shell out la. so kitaorang g shell out plak. 

Kalau pakai google maps untuk ke kedai shell out tu  memang tak kan jumpa sebab maps bawak kitaorang pi  jalan mati. huhuhuu. last2 en.suami call member dia tanya kat mana kedai tu. nama kedai dia Anjer's Corner, betul -betul seberang jalan / depan Hotel Casa de la Rosa. Harga dia rm25 per pax. minimum 2 pax. Ni la kedai makan sedap yang tak da dalam list ai pun ni. Shell out dia memang sedap baq hang. kami dua orang teringat2 sampai balik. agaknya kalau stay banyak hari, hari- hari makan shell out. hahaha. situ pun ada steamboat.

Da puas makan, kami p pasar malam Golden Hill. gigih google maps, padahal pasar malam dekat je ngan kedai tu. jalan kaki je, 7 minit je. ada sign board pasar malam, tapi macam terlindung sket. Kat sini more to nak cuci mata je sebenarnye. kitaorang beli teh(RM10 sekotak), kimchan(RM4) sebab baca dowang cakap sedap, so ai nak try. beli choc(RM5, bekas besar) sebab teringin nak makan ngan strawberi, beli aiskrim strawberi(RM1.50) lagi hujan- hujan pun. Lepas da puas round, en suami tanya nak p mana - mana lagi tak? balik hotel je la sebab tak da rasa nak p mana dah. masa tu awal lagi. dalam kul 9 cam tu. balik berehat je. en suami tido sebab letih, bini makan sepuasnya sambil tengok cite hindustan.


bilik





tak da aircond ye


shell out sedap gile baq hang

ni kedai dia.

kedai shell out 


pasar malam






kimchan

hasil tangkapan