life

life

resepi

Monday, July 23, 2018

2nd time pregnant

Masa tau kata miscarriage hari tu, sedey gila baq hang. tapi lps tau tu siap p gathering 2nd family lagi, lepas dah baby btl2 guguq (kluaq sendiri) hari jumaat, hari sabtu siap p kenduri ajiem jadi bridesmaid pakai kasut 4 inch (jangan tiru noo benda - benda cam ni). ni aku tunaikan jugak sebab dah janji,n tam bagi sebab kata dia kalau tak p gathering 2nd family nanti aku lagi sedih duk  pikiaq sorang - sorang. 

so, second time pregnant ni tau masa bulan posa.  aku ni jenih period tak teratoq mana. so tak bley la nak bajet2 tak mai period tu pregnant. mau tiga pat kali jugak la aku duk buat pregnancy test tu mengharapkan pregnant.

lepas da tau kata pregnant tu konon - konon nak surprisekan tam, alih2 boleh surprisekan dia lepas gaduh dulu. hahahaha. dia da bajet dah aku pregnant sebab benda sama jadi, cakap tak kena sikit pun nangis, cakap xmau balik kg pun nangis. padahal aku bukan orang yang senang nangis kot. masa bulan posa tu pun time in laws punya gathering suma pun pakat duk kata aku pregnant dah sebab posa dekat nak habih dah tapi aku tak cuti - cuti pun. senyap je la time tu. tapi lepas tu la aku sibuk duk test tengok prengnant ke tak. 

Masa beli baju raya, yang mana 1st time aku p beli baju raya siap dah sebab tam kata beli siap dah la senang, aku pun pilih la baju ikut saiz la. masa tu tak tau lagi kata pregnant. tengok - tengok time hari raya takboleh pakai dah baju tu baq hang. ye la badan dah mengembang. so, hari raya pakai la baju len. huhu. yang paling sedih, baju tu tak ley pakai sampai la ni which is anak dah 6 bulan. aku tak kuruih lagi woii. sedeyyy  

Kali ni pi bukak buku awai2 sebab takut jadi cam dulu. 3 bulan pertama pregnant aku memang kena pantang macam - macam. time loya gila tapi tak boleh makan asam sebab benda - benda masam  ni takut buat perut aku sakit. tahan ja la cam tu. ubat jangan cakap la. habih ubat mahai ka murah ka kalau dari klinik kesihatan memang aku tak boleh makan lansung. muntah. ubat asid folic, yang kat tempat kerja aku ja aku boleh makan, yang dari klinik makan pagi, petang nanti muntah. lepas tu doktor upgrade bagi zyncofer, pun sama. makan pagi tengah hari dah muntah. tak yah tunggu lama. hat ni aku muntah kat office. orang office ingat aku muntah sebab symptom pregnant, tapi bukan ye. sebab ubat.alhamdullilah sepanjang pregnant aku tak kena ka tak rasa ek orang panggil, aku tak kena morning sickness. lepas tu aku try pulak iberet, amik adik aku punya. demi untuk naikkan darah. darah dah rendah sangat nurse cakap. tinggai 8 ja habaq hang. iberet lagi la. makan dia, 5 minit lepas tu aku muntah. lepas tu aku redho je, makan kurma hari - hari. lauk aku pulak tiap - tiap malam nasi putih dengan ikan bilis goreng. sebab nak naikkan hb darah.

masa awai pregnant aku makan supplement ganilia atas suggestion member. lepas tu doktor kat tempat keje cadangkan aku makan new obimin sebab semua ubat klinik aku tak ley makan. muntah. dia kata bini dia pun cam tu n makan obimin. alhamdullillah ok. sampai la bersalin makan new obimin tu. new obimin / obimin boleh makan time berpantang tapi aku tak makan sebab dah cemuih kot. rasa nak muntah pun ada. 

No comments:

Post a Comment