life

life

resepi

Sunday, April 9, 2017

cerita kawin kita - sebelah kola ketil part II

ni gambar - gambar sekitar majlis akad nikah dan resepsi


<a data-pin-do="buttonFollow" href="https://www.pinterest.com/pinterest/">Pinterest</a>
makeup by ma sis
inai da tanggal time 
tak pernah nak serius












henna by my adik






ive got my own mua



            the hantarans




































cerita kawin kita - sebelah kola ketil

lepas bertunang, ada la dalam 3 bulan sebelum nikah. kebanyakkan hantaran diy je. walaupun aku ni jenis yang memang suka diy, tapi masa tu yang buat aku xdan nak diy sume. tema aku senang je, simple. ye la, mana dan nak pikir tema best2 ataupun realisasikan impian nak bertemakan kertas. hahahha.tak dan masa weh.

barang - barang hantaran beli sikit - sikit dari sebelum tunang. masa tunang pun hantaran sume buat sendiri je. da jadi kebiasaan dalam family kami untuk buat sendiri je hantaran. bertunang tak de pelamin2 sebab kalau di kedah memang tak da sume tu. kat tempat lain tak tau lak aku, kalau di kedah, biasanya bakal mak mertua akan masuk sarung cincin dalam bilik. tapi tu tak terjadi dengan aku. hahahha. aku kene kluar beb. da la family pak cik tu ramai.

senarai hantaran time kawin hari tu:

pompuan bagi lelaki
1. sejadah
2. kek
3.go pro
4. jam tangan
5. set wallet
6. set mandian
7. minyak wangi
8. coklat
9. sirih junjung

lelaki bagi ke pompuan
1.coklat
2. telekung
3.handphone
4. kek
5. jam tangan
6.set pencuci muka
7. cumi

masa akad nikah memang tak bawak hantaran pun. pihak lelaki je bawak duit dan cincin.


akad nikah 24 dec 2016

plan awal untuk akad nikah ni nak buat baju sendiri. simple je kata tam. boleh pakai lepas tu . tapi last - last tam tak mau pulak. dan bila buat kira - kira, sewa lagi jimat. so sewa je la kekdahnye walaupun aku da beli dulu baju untuk akad nikah yang akhirnya direject oleh tam.

pelamin : by crown wedding gallery - pelamin ni memang akak tu da datang pasang awal sehari lagi. so memang amik gambar guna pelamin tu je. akad nikah kat masjid. jadi pelamin untuk time amik gambo je.

baju  :   sewa dengan kawan tam- murah, tapi lawa gila baju dia. RM200 je sewa baju pengantin lelaki dan perempuan, lengkap aksesori lagi. niat asal nak pakai baju punjabi / lehenga sopan / pakistani punya baju, tapi tam tak nak. dia nak pakai baju kurung moden je. so dia la urus pasal baju nikah.

make up  : make up ni untung sikit sebab dalam family aku ada sorang adik yang memang minat dan pandai makeup. masa bertunang pun dia makeupkan.

henna / mahendi : yang ni pun aku beruntung sebab adik bongsu pandai lukis henna - tapi dia  tak amik tempahan. heheeh.  so free la henna and make up.

crown : crown aku beli dengan afrah bridal accessories.


resepsi 25 dec 2016

untuk resepsi sebelah umah aku, pelamin dan baju hanyalah berurusan melalui wassup je sebab aku ni keje kat klantan, kampung kat kedah. tambah dengan kebizian keje, mana sempat nak p tengok2 baju dan pelamin kat kedai.

first aku p survey baju time bulan posa rasa, belum tunang pun lagi. hahahha. lepas pada tu rasanya aku balik kejap untuk p tengok lagi baju. lepas pilih baju terus tak p dah sampai la lagi dua minggu sebelum kawin. nampak tak. akak tu plak risau. wassup aku siap tanya bila nak mai fitting baju.

pelamin, baju, meja makan dan makeup -  crown wedding gallery, baling
pelamin dan baju dia memang tip top la. meja makan pun. sewa rm1500. tapi bab makeup dia aku takberapa minat sangat. muka aku jadi garang n aku rasa make up dia biasa - biasa je. sebab aku minta make up klasik look. ntah. mungkin aku tak berapa pandai kot. tapi aku rasa macam tak jadi mana klasik look tu.

henna : suzaini / adik
malam lepas akad nikah tu baru pakai inai. mula - mula pakai inai biasa dulu. da agak kering baru celup lagi skali pakai inai celup. adik gigih tolong lukiskan tengah - tengah malam. malam ni aku tidur kul 4 pagi kalau tak salah. sebab tunggu inai kering dan inaikan kaki. jadi lambat sebab time berinai pun da lambat. lepas habih majlis tahlil baru berinai. ada la dalam kul 11 lebih.

photobooth :  diy with dikyam
untuk phtobooth, hari jumaat sebelum akad nikah kitaorang diy. cadangan asal nak letak rumput carpet je kat dinding untuk nampak lagi fresh. tapi puas cari rumput carpet yang panjang, tak jumpa. option terakhir, guna langsir je la. aku dulu suke print gambo saiz kecik2. so aku gunakan je gambar tu untuk gantung. nak gantung kat pokok -pokok kat luar rumah tapi takut ujan. dia punya props untuk photobooth, aku print dari internet je.

bilik tidur  : guna cadar sendiri
ni pun agak untung.sebabnya aku terjebak dengan adik bongsu yangmana hobi dia adalah beli cadar lawa2. ala2 cadar pengantin gitu. so aku ada la satu cadar warna biru yang da lama beli. mak suruh beli cadar baru, tapi tak da duit weh. huuhuhu. aku senyap je la . sampai la da dekat nak kenduri, baru bagitau mak.

hantaran : sewa dulang hantaran, kak linda gubah.
dulang hantaran ni aku sewa je dekat budak sp. dia ada buat perkhidmatan sewa dulang hantaran. sewa dulang saja rm5 satu dulang. tapi aku sewa dulang skali dengan rumput hiasan tu jadi rm6 satu dulang. tapi untuk 9 dulang, budak tu bagi aku rm50 je.  barang - barang untuk gubahan beli dekat kaison je. untuk 9 dulang tu habis dekat rm 100 jugak. bunga dan reben2.

goodies untuk tetamu.
goodies untuk tetamu aku buat sendiri jugak. ditolong oleh budak umah sewa. bubuh biskut dan coklat je. biskut aku beli kat kedai kat kilanglama, kulim. murah . plastik beli kat kedai craft kat kulim. tak ingat nama kedai dia. tapi sebaris dengan pasaraya minat.thank you tag, aku print dari komputer. design dekat microsoft word je.  yang ni aku habih dalam rm300 lebih rasa. bila dah hbs biskut tu, tapi belum cukup lagi aku order popcorn dengan member opis rm100. goodies ni aku buat dalam 700 je rasa. ada member sponsor goodies jugak dalam 100pcs.

ada jugak telur dalam kotak - sponsor dari sepupu.

bunga telur/ bunga pahar
yang ni dapat sponsor dari adik bongsu. dia memang amik tempahan untuk buat bunga pahar / bunga telur. dia buatkan untuk aku dalam 500 jugak rasa. dia sponsor skali telur. tak yang dah aku pikir nak kluarkan duit beli telur plak. kalau nak order ni nombor dia0147581870.

photographer - member tolong amikkan gambar
aku ada dslr, so aku minta tolong member amikkan gambar. kitaorang tak buat outdoor memandangkan aku boleh buat lepas tu. so hari resepsi memang gambar dengan kawan - kawan n famili kat atas pelamin je la. untuk hari resepsi, member yang amik gambo time akad nikah jadi pengapit, so member yang lain tolong amikkan,.  ni aku tak risau sangat, sebab aku ada dua member wedding photographer. :)





Wednesday, March 8, 2017

menu berpantang - sup ayam

SUP AYAM




BAHAN - BAHAN

Ayam
Ubi kentang
Minyak
Air
Halia dihiris
Bawang Merah dihiris
Bawang Putih dihiris
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Cengkih 
Bunga Lawang
Lada Hitam- ditumbuk

CARA - CARA

Panaskan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang merah dan bawang putih. Masak hingga kekuning - kuningan dan naik bau wangi. Kemudian, masukkan bunga lawagn, bunga cengkih, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Kemudian masukkan air, ayam dan ubi kentang. biar sehingga mendidih. Lepas dah mendidih, boleh masukkan garam dan lada hitam yang telah ditumbuk. biarkan seketika dan da boleh diangkat. :)


Monday, March 6, 2017

Dari PantAng nAmpaK kE pANtanG MaKaN

3 Mac 2017

ni hari yang betul - betul gugur. pagi tu sakit, petang ok sket. start hari ni da start pantang makan. actually, sebelum ni pun jaga jugak makan. petang p pantai order milo panas je. nasib baik ai memang minum air panas. tak la terliur sangat tengok ais. malam da tak makan sebab kenyang dah. makan ubat je. doktor bagi ubat tambah darah. 


4 Mac 2017

Hari ke dua berpantang

Hari ni pun tak masak sebab nak p kenduri ajiem. pagi tu makan nasik dengan ayam goreng je. tengah hari kat kenduri pun sama. nasi n ayam goreng je. petang kat umah dik mim lain sket la menu dia. nasik dengan ikan masin. malam tu sebab p kedai makan, ai makan roti bakar kosong je dengan air kopi panas. tak pasti la kaya boleh makan ke tak. sebab biasanya kalau ai nak makan roti bakar, memang roti bakar kosong je. 


5 Mac 2017

Hari ke -3 berpantang

hari ni makan masakan sendiri la jawabnya. hehehe. mil da siap blenderkan bahan untuk goreng / bakar ayam.   guna yang tu je untuk bakar and makan tengah hari. menu kat sini 
Petang makan roti dengan air milo je.  malam pun makan menu sama je dengan tengah hari. sebab sorang je makan. tam tak makan malam. so ai je la yang kene makan. 


6 Mac 2017

Hari ke - 4 berpantang

Hari ni tak sarapan pun. menu hari ni ayam stim. resepi kat sini
Petang makan jemput -jemput. MIL dah siapkan, tinggal goreng je. Jemput - jemput tak de udang, ada kuchai je. hehehe.  Malam pun makan menu sama macam tengah hari. Cuma kalau lapar, ai akan minum milo + biskut kering. 


7 Mac 2017


Hari ke - 5 berpantang

Pagi makan jemput- jemput yang belum habih goreng semalam dengan air kopi. Paksa tam makan skali jemput - jemput tu sebab banyak. tengah hari makan  ayam lagi. tapi ayam kali ni berkuah sikit. hehehhe. resepi kat sini


8 Mac 2017

Hari ke -6 berpantang

Hari ni tak de apa sangat, hari - hari pun duk saje je. Pagi sarapan jemput2. tengah hari - tak tengah hari sangat la. hari ni lunch pukul 3 lebih. ai tak tau la kalau time berpantang ni memang kene makan on time atau tak. hari ni makan nasi + sup ayam je. air suam. teringin je nak buat air jamu and minum. tapi macam belum bersedia ja bila pikir rasa dia. hehhehe. so, resepi sup ayam kat sini :)



26 Mac 2017.

hari ni hari ke 24 berpantang. 2 minggu pertama sume menu lebih kurang je macam menu minggu 1st. malam kalo lapar, minum air n makan roti je. start minggu ke 3 baru berani nak makan kari, sos. tu pun sebab mak cakap boleh makan. tak sabaq nak abih pantang ni. nak makan macam - macam rasa. haish... 












menu berpantang - ayam berkuah kunyit

AYAM BERKUAH KUNYIT


BAHAN - BAHAN 

Ayam
Minyak masak
Air

Bahan - bahan kisar

Kunyit hidup
halia
bawang merah
bawang putih
garam

Bahan - Bahan (Hiris)

halia
bawang merah
bawang putih


CARA - CARA

Masukkan sikit minyak masak dalam periuk, tumis bahan hiris sampai kekuningan dan bau wangi.  Lepas tu masukkan bahan kisar. Kacau sampai perang dan masukkan air. Masukkan ayam dan biarkan mendidih. Bila ayam dah masak, boleh kecikkan api dan tunggu kuah pekat sikit. Lepas tu dah boleh angkat.




menu berpantang - ayam stim

AYAM STIM



BAHAN - BAHAN 

ayam 
halia
bawang putih
bawang merah
tomato 
garam

CARA - CARA

Masukkan ayam dan semua bahan - bahan di atas kecuali tomato ke dalam pemanggang ajaib. masukkan air, masak dengan api perlahan. Jika air hampir kering, boleh tambah air. Ai memang akan guna pemanggang ajaib untuk masak stim sebab senang. dia akan masak sekata. Lepas tu, tengok jika ayam da masak, boleh masukkan tomato. masak sekejap dan boleh tutup dah. 


menu berpantang - ayam bakar

AYAM BAKAR



BAHAN - BAHAN 

ayam 
serai 
lengkuas
halia
bawang merah 
bawang putih
kunyit hidup
garam

cara- cara

blend semua bahan di atas kecuali ayam dan garam. perap ayam dengan bahan - bahan yang telah dikisar dan garam selama 30min. selepas tu, boleh bakar ayam tu. ai guna pemanggang ajaib je untuk bakar. 




RIVER VILLAGE ROOFTOP RESTAURANT BACHOK

4 MAC 2017

Hari ni ajiem akad nikah n majlis. Majlis kat umah dik mim jugak. sorang majlis di pc, sorang majlis di machang.  hari ni jugak hari 1st berpantang. 3 mac dia kluar sendiri. so p klinik sebab risau takut sakit2 lepas tu. doktor cakap xde apa. ok dah kalau dah kluar. petang tu p pantai dengan mak n adik. berkeras nak p jugak sebab dah janji. banyak kali mungkir janji tak elok. tam plak cakap cancel la p kalau bini tak p. dia nak p dengan bini. so bini pun nasib baik da tak sakit. bini pun nak p. ramai orang rupanya kat pantai irama kalau hari cuti dan petang. 


resepsi ajiem jadi dulang girls. sebab dah bagi persetujuan sebelum tahu kata pregnant lagi, so i have to fulfill my promise la kan. lepas tu cakap ngn tam nak p wedding dikmim sebab kenduri sebelah pmpuan sebelum ni pun tak p. ai tau tam berat nak lepas p dengan member2. bukan sebab tak percaya member. dia takut kitaorang sesat n nanti lambat sampai kb balik. last2 tam cakap ok, p ngn dia. kebetulan dia belum boleh start keje sebab masalah teknikal. so p la ngan tam. jauh oii. nasib baik bukan ai yang drive.

balik tam antar kat umah sewa. rest sambil tunggu dia habih keje.sebab katanya nak bawak p rooftop. dia da janji dulu dengan adik2. hahahha. patut la dak2 tu cakap abang par nak bawak p rooftop malam ni. 

rooftop tu dekat bachok. kalau dari kota bharu, traffic light nak ke umk. kalau ke sebelah kanan jalan ke umk, tapi straight je. lepas sikit je dari traffic light tu nampak bangunan kedai warna merah. kat situ la rooftop. kene naik tangga tinggi jugak . so, untuk orang tua - tua mungkin tak berapa sesuai la kot. 

bab view kedai, memang lawa. kalau p petang, boleh tengok view sawah padi. bab makanan tak boleh nak komen. sebab ai dalam tempoh pantang. tam bagi minum kopi o panas dengan roti bakar je. sebab makanan lain memang tak boleh makan. milo tak de ye kedai tu. ada minuman choc ganti milo. tapi ai bawak dua orang mamat yang agak cerewet bab makan. bukan agak. memang cerewet k. n dowang cakap tak sedap. well, i dont know. mira makan masakan panas elok - elok je. hhhahaha.  kalau nak try boleh la . kalau nak sambut birhtday party or anniversary pun ok. just call dan dowang akan sediakan tempat siap hias lagi.  ada google maps dari fb dia kalau nak p. ni fb dia river village rooftop



view kedai. nampak tak yang hujung tu, cantik 

view kedai

two happy gurls