life

life

resepi

Sunday, February 24, 2013

Blank

Byk yg nk diceritakan, byk yg nak di bebelkan. Tapi nnt la....skrg terbz sgt r

Monday, February 11, 2013

kusut

semenjak dua tiga minggu ni kusut gler perasaan + pikiran ai.
slalunya kalau kusut cam ni, bonda la orang pertama yang ai akan call. tapi memandangkan keadaan 2, 3 minggu ni tak berapa best nak call bonda, which is kalau call bonda pun, soalan ambil berat yang berkaitan kekusutan tu yang bonda tanya. tak kan tak mau jawab kan? kalau jawab, mesti nak jawab yang menenangkan ati bonda, comfirm2 la ai akan menipu. tapi slalunya tak direct la menipu. kona2 dulu.sampai da x boleh kona, da jumpa jalan mati baru menipu. tu pun niat tak mau susahkan ati bonda. kira x salah la kan. ye la kalau diri sendiri pikir boleh handle, x yah la nak bagitau bonda kan. unless tak boleh handle or da dapat kata putus. so. time tu bonda mungkin akan bagi nasihat ataupun terima je keputusan.

umo yang semakin meningkat, soalan yang semakin banyak. orang2 yang bertanya slalunya tanya sebab ambik berat. kalau dulu, boleh la bonda tolong cover line.cemerlang punya. hhahahahaha. skarang. ntah la.

agak menjadi susah dan serabut keadaannya bila tuan punya badan yang beria excited,tetiba benda tu cam tak jadi. bukan sepenuhnya tak jadi, tapi mcam tak jadi ja pabila pihak lagi satu macam endah tak endah. 

semakin bertahan, semakin nampak benda yang tak kena di mata beliau dan mata ai. mungkinkah ini satu petanda?????????? kekadang terasa betapa jahatnya ati, bila pikir yang bukan2. tapi kenyataannya cam tu. bila di tanya, ada jawapan, tapi jawapan yang tidak memuaskan ati. 

semenjak dua menjak ni, asik ai ja yang salah. buat baik pun salah, apatah lagi duk buat perangai otai a.k.a kasaq ai ni. cmfirm la asik kena marah jer........................ 

mungkin dia baru sedar kot yang dia berkawan dengan pompuan yang kasaq, berdikari(sume pmpuan pun berdikari, mungkin ai terlalu kot), yang tak romantik lansung, yang x pandai melayan seperti seorang kekasih kot. 
berani cakap la kan, kalau orang pandang, sekali pandang, mesti ingat kami ni tak da apa2. kawan biasa ja kot.
but, how to show???????????????????????? anybody can tell me??????????????

tiap kali telepon bonda plaks. apa lagi . progress.... hahahaa. mula la nak melencong and kona2. last2 paling tak terer sangat, tukaq topik. hahahah. and bonda slalu marah. sebab slalu sangat anak dia p meronda. well bonda, anak bonda yang kasaq ni x p meronda ngn lelaki yang konon bodyguard tu k. at least meronda ngn kawan2 pompuan / beradik2 angkat aka budak umah. nasihat bonda seperti biasa " asyik jalan ja, ce simpan duit tu buat kawin"
kalau la bonda tau betapa tunggang tebaliknya skarang ni. mungkin bonda akan kata " ok p la bercuti puas2.tenangkan ati" hahahhaha.

dan penyakit lama pun berjangkit kembali. penyakit time 2004-2007 dulu. bila stress, rasa nak abihkan sume duit yang ada, nak beli macam2. skarang asik pk nak beli gajet. dalam kepalaotak asik gajet..gajet...gajet.. hehehhe.
 
kalau benda tu boleh buat ilangkan rasa gundah gulana, why not??? kan?? hahaha.. byk la alasan. cpat la masuk sem baru. cpat la bz. cpt la boleh lupa masalah. walaupun sekejap.

 to mr.bodyguard,
                 ai terima ja apa pun keputusan anda. jika anda kata saya dah berubah. i used to it. and may be ai can adapt dengan keputusan tu cepat sket, n bertenang pun cepat sket sebab saya da penah dikatakan begitu sebelum ni.  saya  nak tunggu dan lihat je skarang.berapa % tahap kesungguhan awak, untuk jadikan saya isteri. bukan setakat awek dan teman kluar ronda, teman beli barang, teman lepaking.
kalau ada jodoh kita, x kemana. insyaallah.
kalau x da jodoh kita. harap saya jumpa 80% lagi bagus kot dari awak. amin ;)
 
 12/2/2013
 

raya cina


 tak sangka kan kat malaysia pun boleh surf. gambar sebelah ni amik kat pantai kluang. 1st time p dulu x da pun benda2 ni. mgkin sebab time cuti kot. and air pasang. ramai gler org.

 ni plak kat menara jam, kb. temankan cik ain yang teringin nak mai sini.tak dapat  naik, dapat bergambar pun jadik la.
 feelin' pelancong jap. hahaha. kat hotel ridel kat sungai kelantan. dengan slambernya kami duk posing amik gambaq. nasib baik da tak ramai orang sangat lalu lalang. sebab da nak magrib kot. pantang ada view yang cantik sket, mula la nak amik gambaq. pas tu duk berangan " kalau ada dslr best neh". aduh da parah dah ni. bakal jadi pemburu nice view tegar agaknye.

 ni captured by ain basirah. skarang ni ai da malas nak captured. ain ja captured, ai edit ja. heheheh. lgpun time ni tengah drive. on da way nak ke besut. kalau tak salah, ni area jetty pi pulau perhentian kot.



 selain bakal menjadi pemburu nice view tegar, time cuti tu p makan kenduri umah ex housemate. kat area..... (lupa la plaks).



ni aktiviti tak dirancang. sebabnya pada awalnya nak p pantai. tapi oleh kerana da dekat kul 7, maka niat dibatalkan, n p airport. maklum la duk dekat ngan airport. tak dapat naik slalu, dapat captured momen best pun jadik la kan :)


nampak tak aktiviti suke mencapap ai?????? hahahaa.. pantang nampak camera. merosakkan nice view di camera hp ain juga bakal menjadik hobi ai nampaknyer



bukti we were here 2nd time





check view yang berjaya ditangkap, dan tak terlepas lari lagi dah.hahaha



meneman mak jemah p shopping. 




tak tau la apa motip ni. mungkin tuan punya gambaq nak bagitau yang dia tinggi kot.sungguh perasantankan itu tuan punya gambar.



guest where? still kat kluang beach. motip gambo ni ialah jambatannya yang cantik.



ni kat sabak. last year pic



ni view yang berjaya dicaptured by my sony.(tetiba bangga plak pakai sony kan).hahhhaha. without edit. so nice rite?
 

















secara kesimpulannya, raya cina punya cuti dihabihkan dengan lepaking di umah, p makan kenduri n p pantai. that's all.

Sunday, February 3, 2013

nak menjual sket :)

 cantik x skirt dia?










cantik tak peplum n sluar electric blue ni?

ai ada jugak beli electric blue tu. kain jeans, x berapa strechable. dia bukan macam candy pant yang saiz s, m, l tu. yang ni ada dua saiz ja. saiz 34 n 36. khas untuk orang - orang chubby cam ai.
da best things is, sluar ni bukan macam legging. so, xla ikut kaki sangat. straight cut.

nak lebih info ley klik sini

:)

Saturday, February 2, 2013

bercuti part II

hari ke dua di kg ( jumaat 25/01/2013)

p penang

masuk penang da kul 12 lebih, time makan tengah hari, memang jam la weh. tapi x pa...tabahkan ati gak sebab nak p jalan2.hahahhahahaa..... 

tempat lawatan pertama - nasi kandaq kapitan. my peberet place eva...hahhaa. sedap kot.... memandangkan time kami sampai tu time sembahyang jumaat, kapitan tutup sekejap. nasib baik time sampai tu pun da dekat kul 2. so, tunggu dalam kedai dia je la. 
lepas kul 2 dia mai amik order. makan sesedap rasa la sebab lapor kan. hahaha......
harga nasi beriani tu RM 8.50. dulu makan mula2 RM7, lepas tu rm8.

lepas makan, jalan p kat keta n cari jalan p bukit bendera. mau duk sesat gak la kejap nak cari jalan p sana. maklumla walaupun 5 tahun keja kat penang, tak penah nye hari cuti nak masuk p ronda. kalau p 1st avenue ke, komtar/ perangin, naik bas ja. lagi senang kot. 





tourist guide berjalan dengan penuh gayanyer


nasi beriani claypot kapitan



pelanconggggg ssssssggggggggttttttttt


kat ini ada kedai nasi ayam sedap (kata kazen ai la)




ada makcik kata kami cam hindustan.. sebab amik gambar cam ni :)










munduk


tasik banding

stairs to underworld



  disebabkan parking kat atas tu penuh n dia tengah renovate, kami parking kat blakang apartment. lepas tu apa lagi, menapak le naik atas.  sampai kat atas, beratur beli tiket. bak kata adik ai (yang merangkap pemandu pelancong la konon) kalau ada kad pelajar rm8 ja. so, apalagi, kluarkan la kad staff -heheheh. dia bukan tau pun tu kad staff ke kad pelajar kan, janji ada nama universiti.  the best part is, lepas tunjuk ic n bagitau kami student, kami dapat harga rm12, tapi untuk 3 orang ye.maksudnya sorang rm4. hahaha. lagi murah dari apa yang pemandu pelancong beritahu...
mungkin sebab hari tu bukan hari cuti umum dan bukan hari minggu kot. sebab tu dapat murah.

sampai kat atas, kena jalan jugak untuk ke owl museum, ke masjid bukit bendera. best gila rasa sebab dapat hirup udara segar..panas tapi berangin. time kami sampai pun da petang.dalam kul 4 ke 5 lebih. so kira ok la kan time - time tu jalan2. masuk owl museum kena bayar rm5 sorang. sebab dia amik harga student.  sebelum masuk ai membayangkan dapat jumpa dengan owl yang hidup. rupanya tak. banyak replika dan lukisan2 jer. ada jugak cenderahati yang dijual kat situ. nak masuk owl museum tu lalu kot cafe dulu. kena turun bawah baru jumpa pintu masuk dia.  dekat kul 6 lebih baru turun dari bukit bendera. nak p batu feringghi tengok sunset. tapi apakandaya asik sesat je sampai malam. last2 terus balik ja. singgah pasar malam kubang semang. 

train yg bawak kami naik

712 m

owl museum


menghayati


pondok yang disediakan utk menikmati pemandangan


waiting for da next train....kami naik dl :)

suasana dalam train baru


































keychain- rm29.90each

penang hill mosque




laluan ke atas



stesen atas skali




perkampungan yang ada kat lereng2 bukit bendera

new train
old train








hebat x depa???????????