so, hari khamis pagi
memandangkan time cuti sem + cuti keja 3 hari, makanya mood bercuti pun mai la dengan tidak dapat ditahan - tahan lagi. balik kampung yang boleh jadi lama tu bukan pasai apa. kluar dari umah kul 9 lebih. memenuhi pesanan pihak penaja supaya dibelikan kopok leko, makanya ai dengan ain pun p la beli dulu sebelum bertolak balik.
sampai di rantau panjang, kiteorang singgah lagi :)
memula p munduk.... updates apa patut. lepas tu singgah kat rantau panjang, singgah makan tengah hari dan cari barang. paling tak sangka jumpa x boss dengan wife dia. baik punya duk jalan kaki nak p kedai makan tetiba " aaannaaaaa!". pusing2 tengok ada keta waja. ain yang agak kepelikan melihat ai berjalan sambil menarik tangan beliau ke kereta tersebut bertanya "die panggil kak ana ker?", maka jawapannya " xda orang len dah aih panggil kak ana cam tu, dia sorang jer" . hebat tak penangan en. x boss...panggil ja pun da kenai sapa yang panggil. p jumpa n sembang jap apa patut. lepas tu p makan tengah hari.
lepas da puas merayap kat rantau panjang, continue la journey to home sweet home. hahahahha.. continue la sangat kan. time bawak keta asik melelong jer. sebab jalan time tengah hari kot. tu ngantuk semacam tu. kat area dabong kot, hampir nak masuk parit. kes ikut lori n lori tu slow. ai da la x berapa boleh follow2 ni...slow plak tu, memang ngntuk la. sampai kat area jeli, asik nak ke sebelah bertentangan je keta kami. apa lagi, berenti tepi, kejutkan cik ain. she drive n i jadi sleeping beauty la. :)
sampai tasik banding singgah lagi. hahaha. cumenye kami tak singgah titiwangsa. bosan dah kot slalu je singgah. niat di ati kot2 la ada bot yang boleh naik n tengok pemandangan cantik kat tasik banding tu. tapi x da pun. ntah la, kena book kot. mau duk lama la jugak kat situ. makan bihun sup and kuew tiaw sup. yang tak paham tu air nescafe beng ngan air teh beng kot.rm4. tak tau la berapa rm dia kira nescafe / teh beng tu.
sampai kat area umah dalam kul 6 lebih kot. tapi tak balik lagi. terus p sp. niat ati nak tengok wayang siap2 sebelum balik umh sebabnya bila da ada kat umah susah nak kluar. tapi sampai je kat tesco sp, bonda call tanya ada kat ner. bagitau la kan, xkan xmau bagitau plak. bonda said a big no.hahah padan muke kan. sedih wehhhhh.... da la da lama x tengok wayang. huhuhuhu. masuk beli barang dalam tesco n balik umah.
No comments:
Post a Comment