life

life

resepi

Wednesday, March 8, 2017

menu berpantang - sup ayam

SUP AYAM




BAHAN - BAHAN

Ayam
Ubi kentang
Minyak
Air
Halia dihiris
Bawang Merah dihiris
Bawang Putih dihiris
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Cengkih 
Bunga Lawang
Lada Hitam- ditumbuk

CARA - CARA

Panaskan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang merah dan bawang putih. Masak hingga kekuning - kuningan dan naik bau wangi. Kemudian, masukkan bunga lawagn, bunga cengkih, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Kemudian masukkan air, ayam dan ubi kentang. biar sehingga mendidih. Lepas dah mendidih, boleh masukkan garam dan lada hitam yang telah ditumbuk. biarkan seketika dan da boleh diangkat. :)


Monday, March 6, 2017

Dari PantAng nAmpaK kE pANtanG MaKaN

3 Mac 2017

ni hari yang betul - betul gugur. pagi tu sakit, petang ok sket. start hari ni da start pantang makan. actually, sebelum ni pun jaga jugak makan. petang p pantai order milo panas je. nasib baik ai memang minum air panas. tak la terliur sangat tengok ais. malam da tak makan sebab kenyang dah. makan ubat je. doktor bagi ubat tambah darah. 


4 Mac 2017

Hari ke dua berpantang

Hari ni pun tak masak sebab nak p kenduri ajiem. pagi tu makan nasik dengan ayam goreng je. tengah hari kat kenduri pun sama. nasi n ayam goreng je. petang kat umah dik mim lain sket la menu dia. nasik dengan ikan masin. malam tu sebab p kedai makan, ai makan roti bakar kosong je dengan air kopi panas. tak pasti la kaya boleh makan ke tak. sebab biasanya kalau ai nak makan roti bakar, memang roti bakar kosong je. 


5 Mac 2017

Hari ke -3 berpantang

hari ni makan masakan sendiri la jawabnya. hehehe. mil da siap blenderkan bahan untuk goreng / bakar ayam.   guna yang tu je untuk bakar and makan tengah hari. menu kat sini 
Petang makan roti dengan air milo je.  malam pun makan menu sama je dengan tengah hari. sebab sorang je makan. tam tak makan malam. so ai je la yang kene makan. 


6 Mac 2017

Hari ke - 4 berpantang

Hari ni tak sarapan pun. menu hari ni ayam stim. resepi kat sini
Petang makan jemput -jemput. MIL dah siapkan, tinggal goreng je. Jemput - jemput tak de udang, ada kuchai je. hehehe.  Malam pun makan menu sama macam tengah hari. Cuma kalau lapar, ai akan minum milo + biskut kering. 


7 Mac 2017


Hari ke - 5 berpantang

Pagi makan jemput- jemput yang belum habih goreng semalam dengan air kopi. Paksa tam makan skali jemput - jemput tu sebab banyak. tengah hari makan  ayam lagi. tapi ayam kali ni berkuah sikit. hehehhe. resepi kat sini


8 Mac 2017

Hari ke -6 berpantang

Hari ni tak de apa sangat, hari - hari pun duk saje je. Pagi sarapan jemput2. tengah hari - tak tengah hari sangat la. hari ni lunch pukul 3 lebih. ai tak tau la kalau time berpantang ni memang kene makan on time atau tak. hari ni makan nasi + sup ayam je. air suam. teringin je nak buat air jamu and minum. tapi macam belum bersedia ja bila pikir rasa dia. hehhehe. so, resepi sup ayam kat sini :)



26 Mac 2017.

hari ni hari ke 24 berpantang. 2 minggu pertama sume menu lebih kurang je macam menu minggu 1st. malam kalo lapar, minum air n makan roti je. start minggu ke 3 baru berani nak makan kari, sos. tu pun sebab mak cakap boleh makan. tak sabaq nak abih pantang ni. nak makan macam - macam rasa. haish... 












menu berpantang - ayam berkuah kunyit

AYAM BERKUAH KUNYIT


BAHAN - BAHAN 

Ayam
Minyak masak
Air

Bahan - bahan kisar

Kunyit hidup
halia
bawang merah
bawang putih
garam

Bahan - Bahan (Hiris)

halia
bawang merah
bawang putih


CARA - CARA

Masukkan sikit minyak masak dalam periuk, tumis bahan hiris sampai kekuningan dan bau wangi.  Lepas tu masukkan bahan kisar. Kacau sampai perang dan masukkan air. Masukkan ayam dan biarkan mendidih. Bila ayam dah masak, boleh kecikkan api dan tunggu kuah pekat sikit. Lepas tu dah boleh angkat.




menu berpantang - ayam stim

AYAM STIM



BAHAN - BAHAN 

ayam 
halia
bawang putih
bawang merah
tomato 
garam

CARA - CARA

Masukkan ayam dan semua bahan - bahan di atas kecuali tomato ke dalam pemanggang ajaib. masukkan air, masak dengan api perlahan. Jika air hampir kering, boleh tambah air. Ai memang akan guna pemanggang ajaib untuk masak stim sebab senang. dia akan masak sekata. Lepas tu, tengok jika ayam da masak, boleh masukkan tomato. masak sekejap dan boleh tutup dah. 


menu berpantang - ayam bakar

AYAM BAKAR



BAHAN - BAHAN 

ayam 
serai 
lengkuas
halia
bawang merah 
bawang putih
kunyit hidup
garam

cara- cara

blend semua bahan di atas kecuali ayam dan garam. perap ayam dengan bahan - bahan yang telah dikisar dan garam selama 30min. selepas tu, boleh bakar ayam tu. ai guna pemanggang ajaib je untuk bakar. 




RIVER VILLAGE ROOFTOP RESTAURANT BACHOK

4 MAC 2017

Hari ni ajiem akad nikah n majlis. Majlis kat umah dik mim jugak. sorang majlis di pc, sorang majlis di machang.  hari ni jugak hari 1st berpantang. 3 mac dia kluar sendiri. so p klinik sebab risau takut sakit2 lepas tu. doktor cakap xde apa. ok dah kalau dah kluar. petang tu p pantai dengan mak n adik. berkeras nak p jugak sebab dah janji. banyak kali mungkir janji tak elok. tam plak cakap cancel la p kalau bini tak p. dia nak p dengan bini. so bini pun nasib baik da tak sakit. bini pun nak p. ramai orang rupanya kat pantai irama kalau hari cuti dan petang. 


resepsi ajiem jadi dulang girls. sebab dah bagi persetujuan sebelum tahu kata pregnant lagi, so i have to fulfill my promise la kan. lepas tu cakap ngn tam nak p wedding dikmim sebab kenduri sebelah pmpuan sebelum ni pun tak p. ai tau tam berat nak lepas p dengan member2. bukan sebab tak percaya member. dia takut kitaorang sesat n nanti lambat sampai kb balik. last2 tam cakap ok, p ngn dia. kebetulan dia belum boleh start keje sebab masalah teknikal. so p la ngan tam. jauh oii. nasib baik bukan ai yang drive.

balik tam antar kat umah sewa. rest sambil tunggu dia habih keje.sebab katanya nak bawak p rooftop. dia da janji dulu dengan adik2. hahahha. patut la dak2 tu cakap abang par nak bawak p rooftop malam ni. 

rooftop tu dekat bachok. kalau dari kota bharu, traffic light nak ke umk. kalau ke sebelah kanan jalan ke umk, tapi straight je. lepas sikit je dari traffic light tu nampak bangunan kedai warna merah. kat situ la rooftop. kene naik tangga tinggi jugak . so, untuk orang tua - tua mungkin tak berapa sesuai la kot. 

bab view kedai, memang lawa. kalau p petang, boleh tengok view sawah padi. bab makanan tak boleh nak komen. sebab ai dalam tempoh pantang. tam bagi minum kopi o panas dengan roti bakar je. sebab makanan lain memang tak boleh makan. milo tak de ye kedai tu. ada minuman choc ganti milo. tapi ai bawak dua orang mamat yang agak cerewet bab makan. bukan agak. memang cerewet k. n dowang cakap tak sedap. well, i dont know. mira makan masakan panas elok - elok je. hhhahaha.  kalau nak try boleh la . kalau nak sambut birhtday party or anniversary pun ok. just call dan dowang akan sediakan tempat siap hias lagi.  ada google maps dari fb dia kalau nak p. ni fb dia river village rooftop



view kedai. nampak tak yang hujung tu, cantik 

view kedai

two happy gurls



GatHeRiNg 2Nd FaMiLy - Al- BaRoQaH CHALeT

23 Feb 2017

Gathering 2nd family , sempena roh balik kampung. gathering kali ni buat kat al - baroqah chalet.  menu pun x banyak macam sebelum ni. ayam bakar, steambot n jajan je. xde dah cream cake war sebab tujuan utama lebih kepada rileks dan photoshoot.

Al- Baraqah Chalet terletak di bachok, area pantai melawi. view cantik, ada tempat untuk bakar ayam / ikan. sesuai untuk percutian keluarga. sewa chalet rm80 satu malam. Dalam 30 minit dari kota bharu dah boleh sampai situ. tapi ai and da gang sampai dekat kul 6.15 sebab keluar lewat dari opis and rupanya kak linda tak p dulu. depa tunggu kami jugak rupanya sebab tak tau jalan. hahaha. so, alang2 da lewat singgah beli air magga sedap dulu. minta tam singgah je sebab teringin. time ni tam ikutkan je sebab tak nak bini sedih lama2. 

kedai air buah sedap dekat dengan traffic light nak ke UMK. ai pun tak ingat nama kedai. tapi kalau dari arah kb nak ke UMK, sebelum traffic light tu sebelah kanan.

Sampai je kat al - baraqah chalet, tam dengan ajiem p pasang props untuk amik gambaq. buluh dah bawak p malam sebelumnya. tam nak pasang cepat2 sebab kesian sama ajiem. da lambat katanya. patutnya bende tu da pasang. ajiem datang terus boleh shoot.

lepas da pasang, ajiem shoot video dulu, sambil2 yang lain2 hidupkan api tuk bakar ayam nanti malam. lepas tu gilir2 naik chalet n sembahyang. lepas magrib baru ai turun tengok apa berlaku. unfortunately, bila sampai, makanan da siap masak. hahahaha. makan la jawabnye. 

lepas makan, iwan n pesal siapkan unggun api. tuk sesi ice breaking bak kata ajiem. but for me, its more to santai2 layan lagu sambil pesal n roh gilir2 main gitar. sembang2. it was a great time i had. :)

da puas nyanyi n sembang, sesi photoshoot. hahaha. time ni lelaki buli pompuan sebab pmpuan photoshoot dl. op adalah ajiem. ai tak tolong. ai tolong photoshoot untuk ajiem je petang tu. tema baju putih. so semua orang ikut tema dan gambaq punya outcome was awesome.  lepas habih photoshoot, marina n yoe balik dulu. isey n chiah pun. sebab ada keja. yang lain sambung sembang n dengar sesi luahan perasaan masing -  masing. ai da naik tdo dulu sebab sakit kepala. tapi tak lama lepas tu downg pun naik tdo jugak. dalam kul 3 jugak la budak - budak tu naik tido.

tam dari ai naik chalet asik msg awak ok, awak ok?. tak la rasa annoying. tapi sayang jugak la dia rupanya kat ai dalam kuat ngusik pun. hahhhaah. well tak duk sekali sebab tam kata nak bagi peluang kat ai berbual ngan member2. lapa bua katanya. hahahha. 



24 feb 2017

pagi2 lagi da bangun. sebab tak ley tido. dari pukul 6.30 sampai 6.50 asik tengok kot tingkap je. kalau da cerah nak p pantai. tapi dekat kul 7 baru cerah n takde nampak pun sunrise. turun bawak makanan yang ada, malam sebelumnya downg bawak naik chalet, tak tinggal di tempat bakar2.  lepas tu kejutkan tam sebab nak heater. nak masak air.  da duduk makan sandwich teringin plak nak minum teh panas. ajak tam g beli air sekaligus beli nasik sebab ada yang nak makan nasik. tak jauh pun kedai runcit n kedai makan kalau dari baraqah chalet. keluar jalan besar, amik kiri, jalan sket da jumpa.  

da siap makan, ai p naik tukar baju. sebab kalau ikut perancangan, pagi ni nak minta tolong ajiem amikkan gambar, tapi apakan daya, ajiem demam. siap tukar baju and make up, minta tolong dik yam n ber amikkan gambar. thanks to tam coz sudi layan karenah bini yang nak fefeelin punjabi brides la, pengantin anak mami la.   da siap photoshoot, naik tukar baju lagi, sebab tema pagi ni adalah warna hitam. so naik tukar baju hitam plak. makan - makan, chit chat sambil tunggu semua bangun, lepas tu amik gambar lg. tapi time ni iwan da balik. sebab da dekat tengah hari. 

kejadian hari ni mungkin ai akan igt sampai bila - bila sebab pagi time kitaorang duk photoshoot tu, ada cikgu lemas. pagi tu memang nampak ramai cikgu duk main dekat pantai. lepas tu da tak de.  da panas sket, tengok ramai2 kumpul kat pantai sebelah tu. bila nad tanya member dia, member dia ckap ada cikgu hilang.  pk hem. tengah hari baru jumpa cikgu tu. 

lepas sembahyang  jumaat baru semua balik. tam nak p makan laksa n cendol kat prof cendol. hari tu masa mula2 p ramai.  ajak depa, tapi ramai yang nak balik sebab malam depa nak kluaq plak. so ai dengan tam je p situ. sedap cendol dia. rojak dia pun sedap. cuma laksa dia je tam cakap tak sedap mana. murah . 2 cendol, 1 laksa n 1 rojak rm10. siap boleh tambah lg. tapi tak tau la kene bayar ke tak kalau tambah. 

on da way balik, baru perasan yang prof cendol ni ada cawangan. dekat je ngan rumah kot. hahaha. jauh makcik pi makan tak tau dekat rumah pun ada. lepas ni boleh p yang dekat area rumah je.



photoshoot
gigih tau buat ni


sesi ice breaking katanya


makan ,makan n makan

behind the scene





orang demam yg ok lepas makan nasik 1 bungkus. our 1 n only ajiem


bakal pengantin


dikyam

gadis bunga


just like what i imagine

ni pun gigih jugak wat dikyam tlg realisasikan imaginasi ai


my very own personal ustaz

our adik roh



makan je kejenye.

kedai prof cendol


my 2nd family. ada lagi 6 orang xde dalam gambo




Sunday, March 5, 2017

1sT PreGnAnt- BaBy tiNggALkAn MamA

14 Feb 2017

P klinik check sebab asik sakit time kencing.  Bila doktor check air kencing, mula - mula dia tanya " awak dah kawin?". ai pn jawab la ye. then he said "congrats, awak pregnant. tapi kencing kotor ni". lepas tu p scan sebab nak tengok baby berapa minggu.  lepas scan doktor bagitau baby 5 minggu. tapi doktor cakap kene pegi scan kat tempat canggih sket utk tau exactly berapa weeks sebenarnya. 

bahagia berbunga - bunga jangan cakap la. en. somi apatah lagi. asik baby2. malam tu tam(hubby) letak tangan kat perut and baca doa. bila tanya baca apa, dia xmau bagitau. lepas dua hari baru bagitau. tu pun sebab bini dia asik tanya je. dia kata doa bagi mudahkan segala urusan.

sebelum ni pun dia memang da suspek ai is pregnant.ai je x confiden. ai jadi tak lalu makan, penat gile. tapi mana tau tu tanda - tanda pregnant. sakit pinggang 3 hari kot. tiap2 malam kene sapu minyak panas. lepas tu sakit bila nak kencing plus ada kluar coklat2 macam nak period tu. bila da p check baru tau.

so bila da tau pun, coklat2 tu still kluar and da kluar darah plak. sikit2 je. bila baca kat internet, memang kebiasaan awal pregnancy macam tu. tanya kat misi kat klinik tempat keje pun, dia cakap bende tu biasa. tapi dia cakap better p check. rileks la kejap. tapi bila asik berdarah je. lpas tu kejap banyak kejap sikit, mula la cuak.


23 Feb 2017

hari khamis, ajak tam g check. p check kat dr suzie, pakar sakit puan kat klinik hikmah, suggestion dari misi kat klinik tempat keja. so, tengah hari tu p check la dengan tam.  dr suzie scan kat atas tak nampak. so dr. suzie cakap kene scan lagi skali. bila scan lagi skali doktor cakap, baby dah xde. silent miscarriage. doktor cakap kalau ikut scan 9 minggu dah. tapi baby x membesar. denyutan nadi pun xde. masa tu da sebak dah. tahan je dari nangis. tam ada skali dalam bilik doktor tu. tam pun dengar, tapi dia lagi tabah la dari ai walaupun dia paling excited.  

doktor cakap tunggu dalam 2 minggu, kalau tak keluar sendiri, then g klinik utk amik ubat / g hospital utk cuci. tanya lagi ngn doktor samaada masalah rahim ai x kuat ke, sebab dowang cakap biasanya klu berdarah2 ni rahim tak kuat. doktor cakap tak de masalah. sume ok. cume baby tak jadi. tu je. insyaallah ada rezeki lagi lepas ni. awak dua orang muda lagi. kes - kes macam ni memang biasa berlaku. 

lepas da settle bil sume, eh, belum settle lg.time tunggu nak bayar bil, tam da usya je ai. lepas tu  dia nasihat tu nasihat ni. ayat paling terkesan skali, "jangan melawan takdir" dia cakap. ai nangis dah time tu. lepas dia bayar bil, kluar klinik lagi la. nangis lagi on da way nak p keta. 

atas keta dia biar je ai nangis. biaq tak biaq saja la. biaq ai nangis sambil dengar dia bagi nasihat la. dan berbahagia dalam seminggu je. lps tu dapat tau baby tak da. huhuhuuh.

tunggu mama n ayah kat sana