life

life

resepi

Tuesday, February 24, 2015

melaka trip

cuti raya cina hari tu p melaka wif ain.

(18 - 21/2/2015)

naik kl hari rabu malam. dijemput oleh umi and ain. bermalam di umah umi. esoknya ikut umi balik kg selepas meronda area senawang. nice kg ain, area kuala pilah. ada tempat archery, menunggang kuda and ostrich. bayaran untuk masuk rm3. tak pasti kalau nak main kene bayar ke tak sebab p da petang dia da nak tutup. tempat tu tutup kul 6. may b next time kot. 

pagi hari jumaat bersiap - siap p melaka lepas sarapan and berehat - rehat. ada la kul 11 jugak dari umah atok ain. sampai di melaka, 1st place kitaorg p klebang. waze bustel sebab niatnya nak p tgk bustel. sekali sampai rupanya satu kawasan je ngn tempat org duk amik gambar yang macam kat padang pasir tu. sayangnya masa kami sampai jumpa pasir tambak tu tapi tak ley nak p amik gambaq situ. tak tau nak p cam na.huhu. 

Bustel ni ingatkan hotel je. rupanya kat luar kawasan bustel tu ada deretan kedai yang trademark dia jugak adalah bas. ada kedai yang sediakan meja n kerusi kat dalam bas. tapi kebanyakkannya depa letak barang dalam bas n meja kerusi kat luar. memasak pun opkos la kat luar jugak. heehehehe. lepas puas meronda and amik gambar area situ, bergerak ke a farmosa. kalau ikut waze, 30minit je pun. tapi disebabkan time tu cuti sekolah plus raya cina, makanya keadaan atas jalan harus la jam kan. so, lebih la dari sejam baru sampai situ.
reception bustel

bus + hotel = bustel

deretan kedai makan 

ramai kan beratur beli coconut shake

kitaorang beli kat kdai ni. tapi bagi aku rasa dia biasa2, ja

























































next destination was jonker walk. petang dah jugak sampai situ. tapi jonker walk kan meriah di waktu malam. makanya merayau tanpa arah sampai captured gambar. jalan je dari jonker walk , sebab tak tau nak lalu mana tuk sampai sungai melaka tu, jalan je la. tetiba tengok sampai kat area sungai tu. hahahhaa. bahagia beb. kebanyakkan hotel / room yang aku survey dalam agoda n tripadvisor sume ada kat jonker walk. design dia artistic gle kot. hehehe. lepas tu berjalan sepanjang sungai tu sambil amik gambar n nikmati pemandangan. hehehe. 



one of da view. 
menyusuri sepanjang   sungai melaka tu ada la sampai magrib jugak. time kitaorg p ni ramai mat2 saleh duk kat cafe yang tepi sungai tu. but most of da cafe serve beer. so xdapat la nak lepak bersantaian cam downg. huhuhuu. ada kopi tapi ada jugak beer. kitaorang makan kat kedai dutch harbor cafe. masa nak singgah tu si ain tanya ' was2 tak?'. konfiden je aku jawab tak. ye la sebab dari seberang sana lagi duk usya kedai tu dah kot. cantik n nampak pekerja sume dak melayu je. so lepas duduk n tengok menu, alhmdllh la mmg ok. xda la yang pelik2. kami makan laksa nyonya punya set. rm 22 per set. ada teh o ais, laksa, popia, and tapai. 


dutch harbor















lepas makan, p river cruise. tapi sebab ramai gle orang and aku tak gigih mana nak beratuq bagai, ain suggest p taming sari dulu. so jalan la p taming sari. time ni da gelap. so tak dapat la nak amik gambar environment dia. p ke taming sari pun ramai jugak kot. beratuq. ain beratur kat line naik ke menara, aku lak gigih p beratuq line beli tiket. rm15 kalau tak salah lepas tunjuk ic. dapat tiket n goodies bag contains air kotak n biskut. gambaq kat bawah ni view dari atas menara taming sari. naik situ dia akan berpusing n kita ley tengok sume tempat la. 



bumbung biru tu adalah pasar malam yang bukak setiap jumaat sabtu n ahad

nice isn't it?

































lepas naik taming sari, turun and berjalan - jalan lagi. hahhaha. walaupun kaki time tu lenguh and rasa sakit dah. hahahah. tetiba sampai kat tempat beca (beca ke beskal ek?) konpius jap. hahhaha. nak panggil beca, ada orang kayuh basikal sebelah tu. nak naik macam kesiankan orang yang kene kayuh tu. maklum la kita ni kan berat. rm25 utk 2 dewasa n sorang kanak2. bila sampai betul2 tempat downg park beca tu, dengar budak yang bawak tu explain, cam nak naik lak rasa. nak naik tapi kesiankan dia sebab ai is berat. tak naik pun kesian, sebab bila naik dia dapat duit. so naik tp dalam ati kesiannya kat dia kami2 ni berat. tapi bagus dak tu. setiap kawasan yang dia bawak kami lalu sume dia cerita. ada muzium yang pakai 1 tiket je, tapi boleh masuk 3 muzium. sorry  x ingat muzium mana. ada persembahan teater jugak setiap khmis jmaat n sabtu. kul 7 n 9 malam kalau tak salah. 

choose yours, ada transformers, sinchan, frozen


beca berlampu yang menarik perhatian




































da habih berpusing - pusing dengan beca, kitaorang decide nak p tengok balik kat kaunter river cruise tu. haha. kalau da tak ramai ley naik, kalau ramai pk dlu. ye la time tu pun da dekat kul 10 lebih. tapi malangnya memang ramai jugak beratur time tu. so sebab da alang - alang sampai, beratuq jugak la kita pun. bayaran rasanya rm10 / rm 15 dengan ic. tak ingat sebab ain yang bayar. dapat goodies bag yang ada air kotak n biskut homemade jugak. lepas bayar tu naik la kan. apa lagi. view waktu malam memang ohsem la beb. sambil2 tengok view sambil2 telan air sungai. hahahah. kes dia sebab duk depan skali kat dalam bot tu. tips kalau nak naik bot tu sila duk tengah sket ye. sebab bila dia berselisih dengan bot dari arah bertentangan, air akan terpercik masuk dalam bot.



kampung morten








lepas naik river cruise, p balik kat jonker walk. tapi da nak tutup (time tu dalam kul 12 lebih kot kalau tak salah). tutup awai may b sebab chinese new year. kebanyakkan peniaga dia cina. so jalan2 jer la sambil nak p kat parking sebab memang park are jonker walk.


jonker walk waktu siang

uniknya kat sini sume gambar catface

artistic kan














kalau nak p melaka boleh contact orang ni : eddy shah rizal bin ab karim - 010-4278547.

for hotel, apartment n kalau nak stay tepi sungai melaka.




till we meet again melaka. nanti nak p lagi tuk gambar waktu siang n nak masuk kampung morten. :)

No comments:

Post a Comment