life

life

resepi

Sunday, September 1, 2013

Trip to sabah part 1

setelah p dekat berapa minggu dah, hari ni baru updates. hhaahaha

ok, kita ikut tarikh no.

22/08/2013 - (Khamis)
bertolak p ke kl, amik flight malam. sampai di  kl dalam kul 11 cam tu , tunggu member qiera sampai. lepaking kat kfc. hehheeh. 1st time rasa pengalaman overnight tunggu flight tuk ke sabah esok paginya.

lepak kat kfc sampai kul 12 lebih rasa, ke kul 1 pg nth, pas tu p surau. ingatkan tak boleh tido di surau, tapi memandangkan tak ada orang kat surau, ada sorang je mak cik tu tdo, kitaorang pun tumpang la tido kat situ.

trip kali ni p dengan member2 sekolah rendah qiera. sume skali 7 orang dari kl. and ada sorang yang keja kat sana. 

time ni baru sesi suai kenal . hehehe















23/08/2013 (Jumaat)
naik flight ke kk. flight delay n sampai kk dalam kul 11 lebih cam tu. sampai sana rupanya akan ada passport sementara. maksudnya bila tunjuk ic, dia akan bagi pas sementara time kat sana. kena simpan baik2 sebab time balik nak pulangkan balik benda tu ke imigresen.
lepas sume orang da settle imigresen. pakat2 tunggu farhana sebab ic dia bermasalah. bukan masalah apa sangat pun. orang yang buat ic tu p tebuk lubang siap - siap. padahal time amik ic baru nanti baru dia ley tebuk ic lama. 

lepas da settle2 sume, naik van ke hotel. van uyien da uruskan, menginap di tune hotel (pun diuruskan awal2 oleh uyien). sampai hotel, berehat. petang baru kluar- g jalan2 cari makan.

kitaorang g pasar philipine / pasar filipina. jalan2 cari ikan masin n cenderahati. banyak kedai - kedai kat sini. barang pun ok. boleh murah kalau pandai tawar. 

lepas da habih membeli belah, kitaorang makan kat KK Waterfront kalau x salah. makan butter prawn, sotong celup tepung, sup, n sayur. sume 2 set. tak tau berapa harga sebab member ira yang belanja.
pasar filipina






sesi borong ikan masin sarawak n ikan masin sabah

minta tolong makcik ni tunjuk kat mana foodcourt sebab nak jimatkan masa.













antara makanan yang dijual di situ.

























24/08/2013 (Sabtu)
pegi pulau (yeayyyyyy)

pukul 8 da bertolak je jetty jesselton point. shana yang uruskan jugak bab bot and sebagainya.
kitaorang dapat sorang rm30 untuk 3 pulau. patutnya untuk 2 pulau ja, tapi pak cik tu baik ati (may be sebab shana pandai ngayat kot) hehehe, dapat la p 3 pulau. sewa peralatan tuk snorkeling kitaorang amik kat situ gak, rm 20.
kalau nak amik kat pulau, kena bayar tiap2 kali sewa kat pulau, so baik amik siap2 kat situ.

1st pulau kami sampai pulau mamutik. gile cantik pulau2 kat sini. 1st time jugak snorkeling. tak penah lansung sebelum ni. penakut. takut lemas sebab confident level rendah,. sama rendah ngn tuan punya badan jugak. hehehe. time kami sampai da ramai orang jugak la. mungkin sebab cuti sekolah kot. x pun hari minggu. kat sini kami decide nak try parasailing. slalu tengok kat penang  n langkawi. tu pun mendarat kat pantai. tapi yang ni mendarat kat bot. sorang rm50. memang puas ati n best ar naik parasailing tu sebab dapat view yang cantik, rasa cam duk atas buaian versi udara. hahaaha.. 

2nd pulau p kat manukan. kat pulau ni pun cantik gak. ikan banyak. kat sini ada safe guard yang offer tuk bawak g snorkeling kat tempat dalam. memula takut sebab tanpa life jaket. lepas tu berani n best . masalah utama bila tengok ciptaan Allah yg sangat cantik kat dasar laut, pas tu senyum, pas tu mula la air masuk idung la. x ley bernafas la. haha padan muka kan. 
lepas dengar lagi sorang nye safe guard bagitau cam na cam na baru ok sket. baru paham n tau la. n time snorkeling tu siap ingatkan diri sendiri jangan nerbes. bila kaki x dapt jejak dasar laut, mula la mengelabah. pas tu lemas. dan sangat jeles ok tengok qiera rileks ja kat tengah laut tu.posture cam berdiri. gila terer budak tu. 

3rd pulau p kat pulau sapi. kat sini tak ramai sangat orang. ada jugak safe guard yang offer tuk bawak p tempat dalam. so, apalagi. ikut la kan. heheehe. sampai kat sini pun masih lagi belajaq tu berada dalam keadaan berdiri di tengah laut. hehehehe. walaupun x boleh.lepas dengar qiera bagitau cam na, n try entah keberapa kali. baru boleh. 

pas tu start ketagih ngn dasar laut. sangat cantik. kan bagus kalau ada camera waterproof. ley amik gambaq. 

kat semua - semua pulau ni dilarang tuk bagi makan kat ikan sebab menjejaskan ecosistem dia. masa kat pulau sapi baru tau cara cam ne nak  panggil ikan mai kat kita. dak safe guard tu ajaq. main petik - petik jari ja. bersepah ikan mai. petik ka dasar ayaq k. kalau kat atas dasar ayaq, tak tau la dia mai ke x.





best neh time neh


dilarang bagi makan kat ikan ok







pakcik / abang yang kitorang deal tuk ke pulau 





No comments:

Post a Comment