life

life

resepi

Sunday, April 9, 2017

cerita kawin kita - sebelah kola ketil part II

ni gambar - gambar sekitar majlis akad nikah dan resepsi


<a data-pin-do="buttonFollow" href="https://www.pinterest.com/pinterest/">Pinterest</a>
makeup by ma sis
inai da tanggal time 
tak pernah nak serius












henna by my adik






ive got my own mua



            the hantarans




































cerita kawin kita - sebelah kola ketil

lepas bertunang, ada la dalam 3 bulan sebelum nikah. kebanyakkan hantaran diy je. walaupun aku ni jenis yang memang suka diy, tapi masa tu yang buat aku xdan nak diy sume. tema aku senang je, simple. ye la, mana dan nak pikir tema best2 ataupun realisasikan impian nak bertemakan kertas. hahahha.tak dan masa weh.

barang - barang hantaran beli sikit - sikit dari sebelum tunang. masa tunang pun hantaran sume buat sendiri je. da jadi kebiasaan dalam family kami untuk buat sendiri je hantaran. bertunang tak de pelamin2 sebab kalau di kedah memang tak da sume tu. kat tempat lain tak tau lak aku, kalau di kedah, biasanya bakal mak mertua akan masuk sarung cincin dalam bilik. tapi tu tak terjadi dengan aku. hahahha. aku kene kluar beb. da la family pak cik tu ramai.

senarai hantaran time kawin hari tu:

pompuan bagi lelaki
1. sejadah
2. kek
3.go pro
4. jam tangan
5. set wallet
6. set mandian
7. minyak wangi
8. coklat
9. sirih junjung

lelaki bagi ke pompuan
1.coklat
2. telekung
3.handphone
4. kek
5. jam tangan
6.set pencuci muka
7. cumi

masa akad nikah memang tak bawak hantaran pun. pihak lelaki je bawak duit dan cincin.


akad nikah 24 dec 2016

plan awal untuk akad nikah ni nak buat baju sendiri. simple je kata tam. boleh pakai lepas tu . tapi last - last tam tak mau pulak. dan bila buat kira - kira, sewa lagi jimat. so sewa je la kekdahnye walaupun aku da beli dulu baju untuk akad nikah yang akhirnya direject oleh tam.

pelamin : by crown wedding gallery - pelamin ni memang akak tu da datang pasang awal sehari lagi. so memang amik gambar guna pelamin tu je. akad nikah kat masjid. jadi pelamin untuk time amik gambo je.

baju  :   sewa dengan kawan tam- murah, tapi lawa gila baju dia. RM200 je sewa baju pengantin lelaki dan perempuan, lengkap aksesori lagi. niat asal nak pakai baju punjabi / lehenga sopan / pakistani punya baju, tapi tam tak nak. dia nak pakai baju kurung moden je. so dia la urus pasal baju nikah.

make up  : make up ni untung sikit sebab dalam family aku ada sorang adik yang memang minat dan pandai makeup. masa bertunang pun dia makeupkan.

henna / mahendi : yang ni pun aku beruntung sebab adik bongsu pandai lukis henna - tapi dia  tak amik tempahan. heheeh.  so free la henna and make up.

crown : crown aku beli dengan afrah bridal accessories.


resepsi 25 dec 2016

untuk resepsi sebelah umah aku, pelamin dan baju hanyalah berurusan melalui wassup je sebab aku ni keje kat klantan, kampung kat kedah. tambah dengan kebizian keje, mana sempat nak p tengok2 baju dan pelamin kat kedai.

first aku p survey baju time bulan posa rasa, belum tunang pun lagi. hahahha. lepas pada tu rasanya aku balik kejap untuk p tengok lagi baju. lepas pilih baju terus tak p dah sampai la lagi dua minggu sebelum kawin. nampak tak. akak tu plak risau. wassup aku siap tanya bila nak mai fitting baju.

pelamin, baju, meja makan dan makeup -  crown wedding gallery, baling
pelamin dan baju dia memang tip top la. meja makan pun. sewa rm1500. tapi bab makeup dia aku takberapa minat sangat. muka aku jadi garang n aku rasa make up dia biasa - biasa je. sebab aku minta make up klasik look. ntah. mungkin aku tak berapa pandai kot. tapi aku rasa macam tak jadi mana klasik look tu.

henna : suzaini / adik
malam lepas akad nikah tu baru pakai inai. mula - mula pakai inai biasa dulu. da agak kering baru celup lagi skali pakai inai celup. adik gigih tolong lukiskan tengah - tengah malam. malam ni aku tidur kul 4 pagi kalau tak salah. sebab tunggu inai kering dan inaikan kaki. jadi lambat sebab time berinai pun da lambat. lepas habih majlis tahlil baru berinai. ada la dalam kul 11 lebih.

photobooth :  diy with dikyam
untuk phtobooth, hari jumaat sebelum akad nikah kitaorang diy. cadangan asal nak letak rumput carpet je kat dinding untuk nampak lagi fresh. tapi puas cari rumput carpet yang panjang, tak jumpa. option terakhir, guna langsir je la. aku dulu suke print gambo saiz kecik2. so aku gunakan je gambar tu untuk gantung. nak gantung kat pokok -pokok kat luar rumah tapi takut ujan. dia punya props untuk photobooth, aku print dari internet je.

bilik tidur  : guna cadar sendiri
ni pun agak untung.sebabnya aku terjebak dengan adik bongsu yangmana hobi dia adalah beli cadar lawa2. ala2 cadar pengantin gitu. so aku ada la satu cadar warna biru yang da lama beli. mak suruh beli cadar baru, tapi tak da duit weh. huuhuhu. aku senyap je la . sampai la da dekat nak kenduri, baru bagitau mak.

hantaran : sewa dulang hantaran, kak linda gubah.
dulang hantaran ni aku sewa je dekat budak sp. dia ada buat perkhidmatan sewa dulang hantaran. sewa dulang saja rm5 satu dulang. tapi aku sewa dulang skali dengan rumput hiasan tu jadi rm6 satu dulang. tapi untuk 9 dulang, budak tu bagi aku rm50 je.  barang - barang untuk gubahan beli dekat kaison je. untuk 9 dulang tu habis dekat rm 100 jugak. bunga dan reben2.

goodies untuk tetamu.
goodies untuk tetamu aku buat sendiri jugak. ditolong oleh budak umah sewa. bubuh biskut dan coklat je. biskut aku beli kat kedai kat kilanglama, kulim. murah . plastik beli kat kedai craft kat kulim. tak ingat nama kedai dia. tapi sebaris dengan pasaraya minat.thank you tag, aku print dari komputer. design dekat microsoft word je.  yang ni aku habih dalam rm300 lebih rasa. bila dah hbs biskut tu, tapi belum cukup lagi aku order popcorn dengan member opis rm100. goodies ni aku buat dalam 700 je rasa. ada member sponsor goodies jugak dalam 100pcs.

ada jugak telur dalam kotak - sponsor dari sepupu.

bunga telur/ bunga pahar
yang ni dapat sponsor dari adik bongsu. dia memang amik tempahan untuk buat bunga pahar / bunga telur. dia buatkan untuk aku dalam 500 jugak rasa. dia sponsor skali telur. tak yang dah aku pikir nak kluarkan duit beli telur plak. kalau nak order ni nombor dia0147581870.

photographer - member tolong amikkan gambar
aku ada dslr, so aku minta tolong member amikkan gambar. kitaorang tak buat outdoor memandangkan aku boleh buat lepas tu. so hari resepsi memang gambar dengan kawan - kawan n famili kat atas pelamin je la. untuk hari resepsi, member yang amik gambo time akad nikah jadi pengapit, so member yang lain tolong amikkan,.  ni aku tak risau sangat, sebab aku ada dua member wedding photographer. :)