life

life

resepi

Friday, October 21, 2016

KoRBan CinTa

awat tajuk lagu tu noooo. hahahahaha. 
rasanya tahun ni paling meriah buat korban. 3 ekoq lembu baq hang
paling ramai dapat balik berkumpul. hhahahah. bahagiah aih qhasa. 

duit utk korban kutip sorang dalam rm600 termasuk kos kenduri dan sebagainya.  start bayar dari awal tahun sampai la bulan last sebelum raya haji. selepas bendahari buat kira - kira, ada lebih duit untuk buat baju sama kaler semua. so agreed and proceed. preparation barang - barang kenduri kakpah yang handle. manakala lembu, pakwa handle.  orang yang duk jauh cam aku ni just mampu tanya khabar je. setiap orang ada tugas masing- masing di hari kejadian. aku contohnya, photographer tuk hari kejadian, cik man selaku orang yang uruskan khemah - khemah dan pinggan mangkuk untuk kenduri tengah hari tu. 

malam sebelum hari majlis, ada meeting. memang kebiasaan dah bagi family aku akan ada meeting malam sebelum atau pagi majlis untuk remind and clearkan lagi skali tugas masing- masing. pengerusi meeting adalah ateh bakyah, the one who very ceria and always pot pet pot pet. jangan ingat meeting sepupu sepapat xda tulis minit k. aku yang kena amik minit meeting. siap kene noted ape tentatif program, apa tugas yang telah diupdate. masa nak amik minit tu aku blurr siap. x nampak perjalanan program lagi. lepas tu baru ok sket. baru paham.  hehehehe. 

lepas meeting, p la susun hadiah untuk sesi bertukar hadiah pada esok petangnya. banyak gile hadiah. cadangan untuk tukar - tukar hadiah ni sebenarnya saja ja untuk kanak - kanak sebenarnya. tapi da banyak sangat sponsor n hadiahnya, maka dibuka jugak untuk orang - orang dewasa. 

pagi majlis tu sume sembahyg subuh berjemaah kat ruang luar umah. lepas tu masing - masing pegi sarapan sambil tunggu ustaz sampai. ustaz cakap seeloknya jangan makan dulu sehingga proses korban selesai. 

part korban tu ok dan agak kelam kabut sket sebab ada sesetengah tuan korban xda di tempat kejadian dan tak bagitau nak wakilkan sapa.  aku punya la duk call kak la tanya dia nak wakil sapa, dia boleh tak angkat call. haish. nasib baik last- last angkat jugak, sape nth telepon. nasib dia angkat. lepas tu proses melapah lembu. tak jadi masalah sangat sebab askar - askar ramai. hahahaha. siap sampai proses timbang daging sume dowang buat.  

separuh dari sepupu prepare untuk kenduri tengah hari tu.  dah siap prepare, tunggu ustaz datang, baca doa and majlis bermula. menu dia simple je. nasi putih, sup daging, ayaq asam. perghhh. kegemaran gua tu beb. 

part paling tak best, selesai orang baca doa, aku pun angkat beg balik ke kb. nasib baik abang jan tolong tapaukan sup. boleh la jugak makan masa sampai kb.  sedangkan tentatif program belum habih. petang tu lepas majlis korban, ada majlis tukar - tukar hadiah. 



mai layan gambaq meh.


meeting 

meeting sambil kupas bawang, mampu?

hari raya korban


my camerakid 

 






memasak utk tengah hari




wif ma bodyguard







ateh bakyah



paklang with his gang

preparation utk kenduri tengah hari nya

cikman muda n cikman otai






tokey piza pn trun padang


my sweet abang



Saturday, October 1, 2016

KAwIn???

lama aih x mengadu kat sini...
bersawang tequk dah agaknye.


kawin...
benda yang memang aku tak pikir dah pun sebelum ni.
tapi tu la kata orang, jodoh, ajal di tangan Tuhan. 

so, 
by the time tam serius ckp pasal kawin
im very shocked (yeke?) haha, x la x shocked sgt sebab i thought dia memain. tapi bila banyak kali cakap benda sama, mula berpikir2. serius ke mamat ni.  tapi aku selalu cakap kat dia, tanya mak awak dl,once da dapat izin, baru tanya orang.

tetiba, bila time raya posa, he said his mom cakap ok. mak dia siap tanya lagi, bila nak p kira. aishh. susah makcik. tapi mak aku memang tau dengan sapa aku berkawan. so dia memang in the know yang aku ada member baru iaitu tam. bila bagitau kat mak kata mak dia setuju n tanya siap bila nak p kira, mak aku cakap , tunggu la lepas raya haji. 

Jadi lepas raya haji - da la time tu bz dengan program batik malaysia, curi - curi la jugak balik kampung. 1st time raya kedua da balik kb. 1st time jugak tinggalkan majlis hari raya korban kat umah sebab kene keje. settle orang baca doa, aku pun terus amik beg n salam2 sume org. lps tu start keta balik kb. :(

Hari sabtu lepas raya haji tu depa p umah. Memula hanyalah majlis merisik/ bagi cincin tanda. tapi entah macam mana tetiba( tapi x la last minit sgt) jadi majlis tunang. sebab dari awal lagi aku ngn tam memang tak mau tunang. aku kan ada kisah tak best pasai tunang2 ni.

Agaknya penangan berbahagia dengan makanan lepas raya, badan aku naik dengan jayanya. haishhh.       
masa mak ha n family ha datang umah, masa mak ha pakaikan cincin, siap ngepek ke ha sebab tak muat nak masuk jari aku beb. mampu. hahaha. padahal masa beli memang da muat2 je cincin tu. nampak tak betapa aku pandai buat magic?

Lepas settle majlis tunang, aku pn kemas2 sikit apa patut, n terus ha ajak balik kb. ye la, malam tu kene keja kot. tak dan nak bergambar ke photoshoot ke sume tak dan . 

hantaran untuk majlis tunang tu sume diy sendiri je.  baju pun beli baju punjab je. makeup adik yang makeupkan. nasib aku agak baik sebab ada adik yang pandai makeup, yang pandai gubah, yang pandai masak n pandai lain2 lagi yang aku blh mintak tolong time terdesak. aku? aku pandai enjoy apa yang depa boleh buat je. kalau adik aku pandai masak, aku pandai makan . hahhahaha.

gambaq tak banyak sebab kebanyakan snap pakai hp je. gambaq hantaran pun x tau dah dok mana. nanti la kalau jumpa, kite upload lg k. 


makeup by ma sis

hand bouquet pun makanan. nmpk x? 


with family tam

our mom