life

life

resepi

Monday, December 31, 2012

balik kg.again

benda da dekat seminggu. hari ni baru nk crita.biaq la kan.
xda apa sangat pun sebenarnya. cumanya hari khamis minggu lepas memang sangat agak meninggalkan kesan kot. =)

  bermula dengan bangun lewat di pagi khamis, terpaksa tumpang mandi di bilik ira sebab bilik air kitaorang penuh(ye la da sume bangun lewat kan). lepas tu selsema, lepas makan pagi p jmpa doktor, yg pada mula2nya x mau jumpa.hahhaa.

pegawai lelaki: ye ada apa
ai:  nak amik ubat selsema
pegawai lelaki: nak jumpa doktor ke?
ai:  nak amik ubat pun kena jumpa doktor ker? xjumpa tak boleh ek?
pegawai lelaki: berapa lama dah selsema?
ai: kemarin.
pas tu dia kata tunggu jap r. nanti nurse balik.
kebetulan tak lama lepas tu nurse pun balik ke klinik tu.
pegawai tu bagitau la kat nurse tu kata ai nak amik ubat selsema.
time nurse tu tengah duk nak bagi ubat, baguih punya duk ada, p tanya "kak, kalau batuk time sejuk tu x da apa2 kan?"
terus nurse tu kata " jumpe doktor ek dik. tu da tanda2 nak demam.".
masuk la jumpa doktor.rupenye pegawai lelaki tadi tu doktor....siap cakap lg" tu la tadi tokse jumpe doktor" hahhaha...
lepas tu amik ubat. tangan pun time tu memang da ada rasa lenguh2. badan rasa x larat. di pikiran mungkin sebab nak demam kot.

lepas balik keja, balik umah sewa jap, tukar baju n terus g amik budak kg yg study kat ktd. dalam kul 4 gak la bertolak balik. ingat ley cepat.sekali jalan kat rantau panjang banjir, nasib baik adik tu tau jalan tanah merah. lalu la area situ. siap tersalah jalan.p lalu jalan jauh lagi, ditambah dengan renovation jalan. makanya dekat kul 6.30 lebey2 baru sampai bukit bunga. singgah makan kat situ. time tu lenguh tangan dah. sebelah kanan. 

memandangkan teori losyen mengkuruskan badan adalah panas, ai pun sapu la kat tangan yang lenguh2 tu. tapi cam tak ilang jer. xpa la, drive ja la kan. time magrib berenti lagi kat petronas jeli. singgah sembahyang. mentang2 la balik berteman. sume nak singgah kan. hahahaa.
da gelap baru gerak nak naik bukit ke grik tu... so, malam la kitorang kat situ. x banyak sangat keta. tapi kebanyakannya sume agak laju - laju.maklum la dowang kan da pro jalan tu , da hafal kot area mana ada lubang, area mana ley potong lori.

dekat kul 11 baru sampai umah.lepas sampai terus mintak tolong adik urutkan. si adik yang fisio tu, urut cara fisio la kan. da la ganas,sakit kot dia tekan2. lepas da urut dia cakap" ok kak, jap lagi ok la tu". skali x ok pung =(
suruh plak adik bongsu letak minyak panas. x lega jugak. 2 kali letak pun tak lega. 
pukul 1 pagi lebey2, menangis, sebabnye sakit sangat2.tapi bukan sakit  pun sebenarnye.  lenguh. lenguh yang teramat -amat.

disebabkan keberjayaan ai mehavockan suasana kat umh, time yang sepatutnya sunyi sepi orang tido, habih sume orang bangun. sepupu yang kat sebelah umah pun mai tengok. 
lepas tu sepupu pulak urut. dia kata" tangan ang ni sejuk ni. sejuk sangat". "aa la kot. sebab kat kb hari2 hujan. memang sejuk. agaknye sebab tangan letak kat dinding kot. tu pasal lenguh sangat cam ni ni". dia suruh adik tuamkan dengan air panas. lega. n tdo pas tu.

kul 3 pagi , bangun lagi. nangis lagi. sebab lenguh2 balik.bukan takat lenguh ja,dia pakej skali ngn rasa lima2 jari belah kanan rasa cam nak bengkak. bonda pulak yang masak air n tuamkan kat tangan.

bangun pagi, ok jer... petang tu kena p bukit mertajam. p jj. ada group discussion. tangan lenguh lg. bonda ajak p mengurut kat sorang makcik ni. p la........... makcik tu urut2."lenguh2 sebab sejuk ek cik?", "tak aih, bukan. ada benda ni. ang ada terpegang apa2 x? terbeqetuh apa2 kot.kadang kita bukan nak perasan, bukan rasa." tak la terkejut dengar. sebab malam yang sakit pun da dengar cam tu. cumanya tanya makcik tu sebab nk comfirm ja. dia kata kalau nak jalan jauh, lain kali baca 3 qul. n kalau sakit lagi malam ni suruh orang lain bacakan ayat kursi n tampar kat tmpat sakit. tapi dalam keadaan kita tak tau kata orang tu nak buat /tampar kita. kiranya kita tak sedar pun orang tu duk blakang kita. ada sampai kat ayat mana, pas tu tampar. tapi x igt. lemah sungguh ingatan ai kan.. nanti la balik tanya bonda n sepupu lagi skali.

p discussion adik yang drive. on da way tu, apalagi. kena ceramah free la. sebab katanya ai tak percaya bende2 cam gitu. bukan tak percaya, kalau boleh xnak la taksub. or nampak cam percaya. nanti orang kat umah jugak yang takut.

dia kata time dia bagitau suruh p berubat, ai pandang je muka dia. pas tu nak marah2...... kehampehan depa dua memang terserlah. on da way tu siap ley hupdate facebook.'on da way ke seberang jaya, bawak orang sakit'.lepas tu diikuti dengan komen2 mengutuk ai...

balik dari jj pun da kul 8 malam. tapi disebabkan orang demam teringin nak makan nasi beriani kapitan n roti nan. cari jugak kedai sampai jumpa n tapau.sudahnya sampai umah, x makan tera mana pun bak kata adik ai. teringin ja lebih.

malamnya, sepupu pun cakap benda yang sama. dia kata memang ai tengok ja muka dia(cara pandang memang cara nak marah) sebabnya di suruh p berubat.depa kata kot2 ada yang mengikut balik. 

hari sabtu esoknya. tangan ai da sihat sepenuhnya. tapi tangan sepupu yang mengurut ai, yang kata tangan ai sangat sejuk tu plak yang lenguh. p la dia pun mengurut kat mak cik yang sama. mak cik tu kata dia pun terkena tempias2.

hari ahad. da sihat sepenuhya kot. da x demam. balik kb.

tetiba petang kemarin (isnin 31/12/12)
lepas balik keja, p beli barang. time duk dalam keta, bonda call tnya tangan da ok ke belum.siap pesan'jangan duk kluar malam sangat, ang tu bukan ok sangat lg. badan tu lemah lg.' duk sembang2, tangan rasa lenguh balik. takut weh. risau benda sama berulang. lepas sembang ngn bonda, tengok jam da dekat 6.40 petang.huuuu....terus ada rasa horor di situ.
sampai umah, on kan bacaan syeikh said al ghamidi- dengar n tertido. roomate balik kejutkan sebab magrib. then tertido lg. rasa letih gler kot + takut nak bangun sebab takut rasa lenguh sangat2. kul 9 malam lebih baru bangun. ada lagi rasa lenguh sket2 tapi da kurang. lepas tu rasa lega dah.

tengah malam semalam, rasa lagi sakit. cuak la weh.malam kot.mana nak cari orang nak mengurut.minyak urut makcik tu bagi pun lupa bawak. last2 tido pasang lg bacaan syeikh tu...sebenarnya ayat2 yg syeikh tu baca,ada cd dia jual masa ceramah agama kat tempat keja lama dulu. ayat tu tuk halau setan. dia kata kalau nak pasang cd tu, bukak tingkap umah, kalau dalam keta, bukak tingkap gak.kalau x bukak, takut kita yang rasa seram sebab dengar macam2, ye la da dia nak kluar tak boleh.kalau umah yang duk mengusik2 pasang ayat tu tinggal dalm umah tu satu hari satu malam. in sha Allah lepas tu ley duduk tanpa gangguan.

ntah la. percaya sume tu ada. cuma skarang ni bila rasa lenguh kat tangan kanan ni, mula la cuak semacam. Harapnya betul2 dah lega. pengajaran yang ai dapat bila jadik cam ni: jangan sesekali tinggal baca quran. kalau dulu baca time cuti je, tu pun kadang2. kali ni, sempena azam tahun baru, in Sha Allah nak baca hari2.Kalau kita dekat dengan Allah, in Sha Allah susah benda2 cam tu nak ganggu.itu yang ai percaya.


yang ni versi edit.
sepanjang jalan kb - kola ketil.byk jmpe hutan dari kg/ umh.town apatah lg


adik yg fisio. a.k.a bomoh patah

left: adik bongsu, right: adik bawah ai, da chef









 

Sunday, December 30, 2012

hand bouquet


ni la hasil duk buat sket2 hari tu. cara buat bunga tu ada kat sini. klik sini

ni yang saiz kecik.
kalau saiz besar nye hand bouquet mesti cantik agaknye kan...

Saturday, December 22, 2012

kEmbALi BerNiaGa

setelah hampir setahun tidak berniaga...
akibat kebizian yang melampau, melampau ker????????????????
hhahahaha
kalau dulu niaga segalanya, barang dapur, cadar, baju, set pinggan mangkuk...
just name it, insyaallah ada.

tapi semenjak awal tahun ni, terstop kejap yang akhirnya kejap itu menjadi hampir setahun.
kerinduan mula membuak buak menyebabkan ai berniaga balik
hahahahaa xbleh blah ayat.

untuk permulaannya ai bersama my biz partner menjual tudung, dress labuh, peplum dan skirt.
insyaallah jika permintaan menggalakkan, akan ditambah dan diupdates dari semasa ke semasa.

moh la beramai - ramai usya n beli di page ni:
A.N.A

Monday, December 17, 2012

BanJiR

Hari ni (18/12/2012) banjir kat umk (Universiti Malaysia Kelantan)

Masuk meeting pukul 12.30, time tu x ujan lg. tengah2 meeting, ujan. tapi tak lebat pun. sikit2 ja. tetiba dapat mesej 'kak ana, banjir. kena alih keta'...terkezut ar jugak den.

kluar dari meeting tengok 1 umk da banjir. p la alih keta lak. letak jauh sket la. kat tempat tinggi.

bawak gear 1 ja, bukan per, ingat pesan cik man: bawak slow2 ja, jangan kejap slow, kejap laju. nanti air masuk dalam ekzos.  so, bawak la gear 1 ja,dengan penuh slownya.

malangnya  tak sempat snap gambar sebab hp habih batery.
so, view yang member2 pnya gambar je la ek.








pic credit to :  cik deyQieraema and ayu
 
 

Tuesday, December 11, 2012

random

da lama x conteng kat sini :)

tapi da x brapa igt dah tarikh sebenar nya
lebih kurang dalam 2 minggu lepas nya perkara2 yang berlaku.

 gambo 1st: sume org igt muke ai cam ni sebab kesan dari amalkan BE. ni hasil edit la. memang la amik BE, tapi xkan hari ni makan, esok da ok kn? nak2 orang yang slalu skip makan ubat / supplement neh...

moral of da story, gambar boleh menipu, kadang2 gambar pandai menipu.  oleh itu, jangan percaya gambar k :)


ni gambar time 11/12/2012 - program Global Leader Forum n Conference yang diadakan di Hotel Renaissance.
Penyertaan dari student dan orang luar agak memberangsangkan. siap sampai kene tambah kerusi. 
ai pulak berada di situ sebagai penyambut tetamu jer :) 


wif kak izura, aka si kidal or kakak butterfly.
slalu kalau ada event, akan terlibat la ngn kak izura ni. dia handle doorgift / hadiah. 
tapi kat event glfc ni kebanyakannya pegang 2 tugas. cam ai penyambut tetamu merangkap ajk hadiah gak. 
 ni time p makan2 kat luar.  ni jugak sebelum erin rajin giler memasak (walaupun dia memang rajin), sebabnya skarang kiteorang hari2 makan kat umah sebab hari2 erin masak. best gler. 
nasi petak. penah x ada kedai idang nasik cam ni? for me, ni la 1st time tengok nasik putih sampai bukan berbentuk bulat seperti biasa, bentuk petak.
kuew tiaw kungfu
 

ni kalau tak salah, paprik ayam

somtam yang pedas tapi sedap

nasi goreng daging merah












































semua makanan yang nampak sedap dan memang sedap ni kiteorang try kat kedai sapuroh.  kedai dia depan wisma persekutuan(kalau x salah), area haza, n hotel sutera inn. 











 ni plak gambar aktiviti balik kampung. :)
balik kampung la sangat kan. sebenarnya balik umah tok ira. tu pun p da dekat kul 6 .30 lebih. sebabnya, tunggu ain n erin balik dari tok bali..
sampai je tok ira suruh kait buah manggis n rambutan. apa lg, kait la sepuas ati kan, sambil kait sambil makan.

tok ira kata nasib baik x mai malam...hehehe tu la sebab kami lewat sampai situ. dan2 bagi alasan bawak erin p klinik sebab alergic.

nampak cam sikit kan?
sebenarnya ada lagi 2 baldi besar tok ira da kait awal n simpan, so makan sampai puas ati la.:)

ni hasil manggis yang dikait...balik umah lepas magrib, dekat kul 9 jgk la. on da way balik tengok ada kedai baru bukak area wakaf che yeh. apa lagi, singgah makan la dulu. muke memasing da ngntuk. tapi bila sampai umah sambung layan cerekarama plaks.:)

Monday, December 3, 2012

blank doc

start dari minggu lepas lg rasa cam blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
semua benda jadi x kena
kenapakah???????????
mau dok hari2 macam ni, mati aku
cam ne nak jadik p.a yg agak superb dalam buat keja kan
tapi terasa cam sangat bz dalam masa yang sama, apa yang aku bizi aku pun tak tau
semalam tetiba rasa nak tau skop tugas p.a.

adakah ai terlebih sampai buat kerja orang skali
ataupun memang keja ai sume tu tapi ai ja yang x pandai urus?????????????

sudah berusaha sebaik mungkin,(mungkin ai ja rasa cam tu, mgkin blm cukup)
masih berusaha untuk bertahan........

walaupun dalam keadaan blllluuurrrrrrrrr tu, sempat lg rasa stress...
mungkin jugak cara kerja blm cukup sistematik,
tak boleh dah nak guna alasan baru masuk keja
ello kalau dari bln 4 till bln 10 nak kata baru sampai keja jadi upside down
melampau la wei...

so, skarang ni start dari mula balik, start dari awal.
tahap kesabaran kena up lg jdik 200 % or lebey.

the only thing that i know is i'll prove it to you, yang ai ni boleh buat keja n boleh blajar.
walaupun semakin banyak kekonfiusan yang berlaku :(
seqabut kepala otak ai.

Saturday, December 1, 2012

meronda di hari cuti

Jumaat, 30/11/2012

Pagi: p pasar pagi dekat ngn pcb. wif ain op kos sebab dia teringin nak p. meronda sepuas ati. Hasil tangkapan hanyalah makanan :)

tengah hari - petang: lepaking di umah sambil layan Istanbul aku datang. besh woo cite tu. x da la meleret2. n lawak. lagi2 tengok lisa suri rumah yang comel, memang x bosan lansung.

malam: ke kb. 1st place: burger bakar, location depan piza jalan padang garong. tepi kwsp n bank hong leong. sampai je kat situ tengok kedai penuh..ramai je orang, so dicide tapau jer.sebijik burger ayam biasa rm6.90, kalau ngn cheese rm7.90.order n pas tu p gaint.beli barang nk masak esoknya la konon. lepas amik burger, tetiba rasa nk makan roti bakar. heading to haza la jwbnyer.tapi hampa jer rasa. roti sume x da, bakar ke, nan ke.last2 makan tomyam n sup ayam. air biasa la kalau kami dua orang ni, kalau x cappucino, mocha. :)

Sabtu, 1/12/12

Pagi: bermalasan di rumah.

Tengah hari: bermalasan sambil menghabihkan burger yang xsempat makan semalam tu plus bihun goreng tuk sarapan yang x makan2 pun. lepaking gler ar...memang best. da lama x buat aktiviti terbaik tu...

Petang: p istana kat kubang kerian, tengok ekspo maik. snap so many pic kat situ, sampai kul 6 lebih baru kuar dari istana. tapi sayangnya dalam istana x sempat masuk. may be this thursday.

Malam: selepas merushingkan diri balik umah tuk mgrib n tukar baju, p stadium plak. p ngan member ain n adik dia (anak tuan rumah actually). ada bicara selebriti.panel terdiri dari heliza, adik mohd azam (ketika cinta bertasbih), ustaz azhar n ustaz amin idris. tapi ujan ar...1st sebelum start majlis. da la dengan penuh bersemangatnya duk depan. last2 ujan sume pakat lari p kat tempat yang ada bumbung. bila ujan da reda, kami p duk kat area blakang skali, bukan atas rumput, tapi kat tmpt orng tengok bola. walaupun jauh, puas ati sebab sejuk.xda la panas cam mula2 duk depan tu,mungkin sebab ramai orang kot kat situ. Benda baru yang aku tengok kat sini: sembahyang isyak berjemaaah... sebelum start majlis, selepas azan isyak berkumandang, ramai2 pakat bangun n sembahyang jemaah. lagi orang jual2, ingatkan kene beli siap2 sebab kat dalam x da orang jual, rupanya, time kita duk dengar bual bicara tu, nanti ada orang mai bawak raga tanya nak beli air ke, kacang ke. tu pun aku x penah tengok sebelum ni...(aceececece, cakap cam slalu g je, padahal tu la 1st time aku p) x sangka la ada jual2 cam tu.
n da best part is time ujan. tetiba je ada pakcik2 yang jual baju ujan. 1 baju rm5.cekap gler ar depa cari duit. memang sediakan payung sebelum ujan la.sempoi.

xkan xda gmbo kan...cam biasa la, mesti ada gmbo.ai kan gila camera.......hahahaha boleh tara tu?
layan je la kn.


haza bistro

apa la rasa ayaq ni kn?

aktiviti lepas balik dari haza

dinner

burger bakar







keterujaan orang s3 tuk amik gambo







lampu yang nyale di siang hari



antara kedai yg ada













only in klate

suasana di stadium


kedai ekspo maik