life

life

resepi

Friday, February 12, 2016

Beris



sambil sambil pergi kenduri, sambil2 makan angin. 

hehe

perjalanan dari kuala ketil ke tasik beris ni tak la jauh sangat. tak sampai sejam pun.tapi aku as orang yang boleh bilang berapa kali p sik, memang tak tau jalan. serah kat waze je. so nak bagitau cara nak pi pun x reti. sorry. waze je la ye.

bersama newlywed adik bongsu ngn mak, p kenduri kat sik terus p tasik beris, aka tempat ladang anggur. malangnya time kitaorang p tu buah anggur x banyak. bukan waktu dia berbuah agaknye. sepupu cakap sebelum pergi, boleh call dulu, tanya. 

tiket untuk masuk kalau tak salah rm 6 dan kanak - kanak rm3
kalau tak mau p ladang, nak p tasik pun still kene bayar sebab dia ada 1 je pintu masuk / keluar, n tasik dalam area tu. hehehe.

atas tu ada jual air anggur (rasa dia biasa je, cuma tambah serdak / buah anggur), muffin anggur n ada jugak mee /  kuew tiaw goreng. 



view tasik
ni time da kluar. gambaran bonda time muda n adik time tua. heheh
skrng nmpk x aku nye kasaq tu dapat dari sapa?
bonda ngn anak menantu
newly wed
ni view kat atas tu dpn ladang
entrance

Saturday, January 2, 2016

farewell

Minggu lepas, tak minggu lepas sangat la. dalam bulan lepas jugak, lepas dapat tau pertukaran besar - besaran pegawai kat tempat keje, kitaorang ada buat farewell party. actually more to enjoy the moment that we can be together, sebab tau dah lepas ni susah dah nk lepaking atau bermanja. kat tempat keje aku kalau tak bz tu pelik..

pegawai aku kene tukar dept. masuk peg. baru. pegawai aku, di awal perkenalan n memula kenal (masa masuk tempat keje tu) digambarkan sebagai seorang yang garang n tegas.  lepas tu aku hadap benda tu sume. nak kata teruk sangat tu tak pasti sebab background dia dari private, aku pun sama. so mungkin cara keje orang private ni x sama dengan orang gov.  lama2 dia semakin ok. semakin mesra, bertolak ansur and tolong anak buah. lepas dah kenal lama baru aku dapat figure out kenapa dia jadi garang cam tu.

bayangkan sume benda nak kene report ke  kpt (which is orang kat tempat keje yang x berkenaan tak tau pun bende tu), maksudnya orang tak nampak la kita bz sebab apa.  Ada la dalam 5 ke 7 report yang kene anta hampir setiap bulan (sebab dateline dekat2).  perkara standard kalau minta last minute n nak cepat. dia sorang handle. patut la . aku yang tak tau ni dulu igt knapa la sume benda dia tanya. lama2 baru tau. bukan dia yang tny sebenarnya. samaada kpt mintak / boss yang tanya.

bila dah ramai sikit staff, baru ok. time tu walaupun balik lewat hampir setiap hari, buat keje macam2, ok je sebab ada member2 tempat bergurau senda.  banyak benda aku blajar dari peg aku ni. antaranya, dia sama cam aku. sama cam dak dept aku. spesis amik tau hal sendiri je. so apa2 gossip opis biasanya kitaorang adalah orang paling lewat tau. blajar pasal selok belok keje. procedure sangat banyak n berlainan kat tempat aku ni sebab handle bnyk benda. kadang2 tiap2 satu tu procedure lain2. so, kene tengok betul2 sebelum bagi big boss sain.  

bukan tak nak lepaskan dia n blajar ngn pegawai baru plak. tapi aku jenis kene amik masa. sedih sebenarnya. orang yang kita penah bergaduh (gaduh manja cam couple gitu, stail x ckp mana), merajuk, marah 5 minit , pujuk n rapat nak p dari kita. macam2 benda kot bersama2. lagi2 dept aku tu mostly kene berdikari sket. sebb boss2 bz. 

berbalik pada tujuan asal, so kitaorang buat farewell party. bukan berbahagia sebab dia nak g, cuma lebih pada appreciation and friendship. buat kat kedai 89,  kedai yang aku penah p sebelum ni. reason buat kat situ sebab kedai tu tak ramai orang. and view dia lawa. :)
tak order pun makan kat situ sebab memasing kenyang dah. so order air je la. lebih kepada lepaking reramai. :)


















Sunday, December 20, 2015

Big mouth sungai petani

Cuti hari tu balik kg. Hari jumaat free memandangkan mem besaq xda nak p mana2. So ptg tu kluaq p ronda. Kedai big mouth republic ni memang da lama aku usya kot insta. Nak p makan ja xdan lg. Benda yang paling membuatkan aku rasa nak p try kat big mouth ni adalah ayaq dia. Hidang dlm bekas kategori balang. Blh agak la kot nooo besaq mana.
So jumaat petang tu p la sana. Niat memula nak p pantai merdeka sebenarnya sebab nak mkn abc. Sebab pa nak makan abc pn sampai ke pantai merdeka nuuunn. Awat kola ketil xda abc ka? Nanti da ada gambaq, baru kami tempek sambil crita noo pasai pa kami nk mkn abc kat situ.
Big mouth republic terletak depan parkson taman sejati. Kalau x tau jgak dekat hotel avenue. Kalau x tau lg area mana? Ley tanya en.waze. insyaallah dia tau. :)
Kat situ order jus rebina tuk anak sedara, minum aku pnya x igt apa dia. Tp kopi yg dicampuq vanila. Tp bukan aiskrim vanilla. Cream sahaja. Cream vanilla. Ayaq jus rebena tu memang mai dalam big size tapi ayaq kami dua saiz biasa je.
Makan member order sandwich. Triple h nama sandwich tu. Aku order cowboy plate. Cam burgwr tp xda roti . Makanan yg depa hidang memang big size la. Portion besaq  sesuai ngn harga dia. Selain western, kedai ni ada jugak kalau nak makan tomyam / nasi goreng.
So far makanan dia xda la teruk tp xda la sedap sgt jugak. Hehehe. Biasa2 je. N kedai dia ada gst. Mksdnya memang laku gile la kot sebab ada gst, mesti ada income ratus riban sethn kn. Sume skali yg kitaorg makan tu dalm rm 50lebih.
* taste rasa mengikut tekak gua la kan. Mungkin makanan len sedap.sebab tu kedai dia ramai. Lps ni kene p try masakan melayu lak.
tgh tu dak kecik nyer yer

Saturday, December 19, 2015

Jungle 89

Jungle 89 kedai yg baru bukak yg kitaorg p try. Asik duk tgk dlm fb je  so semlm p la try.
Kedai Jungle 89 dekat area sabak/ padang tembak. Kalau dari airport tu ( airport sebelah kanan kita) straight ja. Kedai will be on ur left  Dlm google maps pn ada kdai ni.
So, ai try jungle 89 coffee. Yang ni adalah set kopi n karipap. Apa yang best pasai kopi ni adalah aku x boleh nak detect dia guna kopi apa. Bila tny dia kata kopi special, brew ( btl nth eja) sendiri. Tapi kopi tu bukan rasa cam kopi di setabak, blackwood, mc cafe / kafe2 hipster kat kb ni. Skali minum rasa cam kopi kg yg pekat, minum lg rasa cam lain lak. Aku suspek dia guna kopi vietnam / arab. Tp kalau dah kata buat sendiri tu mesti kopi mesia kn. Hurmm.  Lg satu, kopi ni hidang bersama coklat n gula. Mungkin kopi mesia yg letak coklat var buatkan rasa dia lain sket dr kopi yg kita slalu minum. Tp nice la kopi dia. Xrs pelik pn.
Member aku try maggy cheese memandangkan kat fb kedai ni pemes ngn bende ni. Megi cheese ni rasa dia cam ampa masak megi pastu masuk cheese. Tu je la. Campuq sayuq sket. :)
Lagi dia order ice cream waffle toast. Yang ni sedap. Kedai ni jugak ada steamboat ( org klntn panggil steamboat, org kg aku panggil yong tau fu). Harga plak boleh la. Xmahal. Set kopi yg aku order tu dlm rm10, megi cheese dlm rm5, waffle pn dlm rm5. Semua harga adalah anggaran je ye sebab aku x igt. Hehehhe.

Tuesday, December 1, 2015

sweet escape

setelah lama gile x update...

xdan n xda idea sebab lama dah x berjalan- jalan. alkisahnya, hari minggu bulan 10 ada member ajak  balik umah dia. Umah dia kat kola krai.  Tapi sebab nak tunggu member lain yang belum pijak bumi klate tarikh tu, makanya janji nak pi hari jumaat pagi.  

Jumaat pagi bertolak dari kota bharu. dari 5 orang tinggal bertiga je yang comfirm p sebab lagi 2 sorang sakit sorang lagi pemalu. hahahaha. sampai sana ada la dalam kul 11 jgk rasa. p sebab area umah dia ada air terjun.  :)

ronda kali ni x google and aspect byk sangat sebab nak p rileks2 jer. heheh. sampai di pekan member amik n p umah dia.  lps tu p mandi ayaq terjun. view cantik gle kot. siap berkelah lagi kat situ. tapi xdan setengah jam berkelah n mandi (lepas amik gambaq dekat sejam) ujan turun wehhhh... dak2 ni tengah mandi. aku je yang tak mandi. pakat la kalut naik atas. lps tu balik. x mandi dah. hahhahhaa. len kali kot p lg n mandi. tapi balik bukan balik umah terus k. balik p ronda - ronda lagi.  :)  nama tempat ni lata berangin. 

p ayaq terjun lata rek plak. p amik gambaq je la. syiok gak ronda kampung orang ni. tengok tempat orang. 



nampak bahagia kan? ati ketaq gle kot sbb 1st time naik 

lata rek

lata berangin 





Sunday, November 15, 2015

ganu

slalunya percutian yang rancang last minit mesti jadi, yang rancang dari awal mesti susah / tak jadi. orang lain aku tak tau la. tapi aku mmg cam tu. 

so, alkisahnya. p ganu. setelah 3 tahun duk kota bharu, ganu yang 2 jam lebih tu pun aku tak sampai2.  hari khamis baru cari hotel, jumaat pagi baru p.


Hari khamis baru cari hotel, hari jumaat pagi baru p. tapi masa p ni ujung tahun, jadinya musim hujan. Bertolak dari KB pagi dalam kul 10 kot kalau tak salah, singgah di bachok tuk sarapan. dalam kul 12 lebih jugak sampai KT.

Kami stay kat Jsuite Hotel, betul - betul kat town. tapi hotel ni aku x suggest sebab bilik sempit. ruang sembahyg pun sempit. selain pada tu sume ok. Hotel baru lg. sume nice.  Aktiviti petang tu adalah makan, makan dan makan. Nak try kedai makan Mat Binjai utk makan tengah hari.  Sayangnya hari tu adalah hari jumaat dan kebanyakkan kedai tutup. Jadi, kami makan kat kedai berhadapan  kedai mat binjai tu, kalau tak salah kedai masakan padang. Tapi amik nasik lauk pilih2 cam nasi tengah hari jgk. :)

Dah kenyang, p china town. Tau tempat ni sebab pnh tgk member amik gambaq kat sini n tengok dalam google. Tempat ni banyak wall art. Setiap lorong2 di kedai2 tu dicantikkan. Selain daripada tu, bangunan dia jugak buat aku terpegun jap. sebab aku ni suka tengok bangunan and architecture lama.  Cantik sangat pada pandangan mata aku. heheheh. Rasa cam duk kat melaka area baba nyonya pn ada time duk kat china town ni. Gigih nak p jugak walaupun ujan2 kes tempat tu lawa tuk amik gambaq. Berposing n berphotoshoot puas, lepas tu p makan kat pantai je. lepas makan kopok leko n sotong celup tepung, makan a&w. memang motip kita adalah p makan n makan n makan jer. hehhehe

Malamnya p ke i city terengganu.  Bila da sampai, sebelah i city baru perasan ada kedai ngopi. da duk kat kedai tu, part paling best, baru perasan yang kedai tu boleh sampai melalui salah satu lorong yang kami sibuk duk amik gambaq siang tadi. :)

tappers cafe, tempat menarik, harga pn ok la. Disebab kan sepanjang hari asyik makan je, so sampai situ order hot choc, member order carbonara. sedap. sedih sebab x ley order kopi, kene pantang kopi time tu. 

esoknya p qawa cafe & coffee. tempat paling nak p skali. sarapan di kedai kak pah, medah selera area pantai batu burok. beratuq panjang la jgk sementara nak boleh makan. .tapi berbaloi la sebab sedap.  Lepas makan p masjid kristal. amik gambaq sepuas ati. tak p area taman tamadun islam sebab takut x sempat p qawa nnt da ujan lepas tu terus gerak ke qawa cafe. qawa bukak dari 9pagi.  Konsep qawa cafe ni unik sket sbab dienye kedai adalah kontena yang diubahsuai.  Ada diskaun untuk student u n pelajar sekolah tapi ai iz x igt berapa. hhhehee.

On da way balik singgah beli kopok lekor, lepas tu singgah pantai. thanks to adik- adik yg layankn je. thanks to adik lelaki aka driver aka photographer aka bodyguard. layankan je perangai kami hat suka amik gambaq ni. Insyaallah nanti nak p lagi skali. bukan musim ujan kot sebab nak photoshoot banyak2. ni pun  banyak dah gambaq. nk masuk banyak2 kang muak. :P


china town






nasi dagang / nasik minyak?

qawa cafe 

ni kalau tak ujan, sedap ni lepak atas ni :)

cek order vanila je 


masjid kristal



kekonon cam amik gambaq depan taj mahal gitu :)

my sis with green tea nya




sesi berlari ke hati awak

had so much fun